Sabtu, 4 Januari 2020
MEMBANGKITKAN SIKAP ROMANTIS SUAMI
Sebenarnya sikap romantis ini ada pada setiap lelaki. Bezanya ada lelaki yang boleh mempamerkannya dan ada yang lebih suka memendamkannya. Jika suami anda jenis memendam sikap romantis dan lansung tidak mempamerkannya maka terpulang pada anda untuk mencungkilnya.
Cara dibawah adalah antara tip yang boleh dipraktikkan untuk membangkitkan sikap romantis suami anda.
1. Kelihatan cantik
Pastikan anda sentiasa kelihatan cantik untuk suami termasuklah ketika di rumah. Sekali pun anda berkain batik dan berbaju t-shirt, pastikan ia tidak lusuh. Pakai bedak dan secalit gincu dibibir untuk menyerikan wajah.
Sekali sekala tampillah dengan baju yang cantik atau seksi ketika di rumah sebab lelaki cukup senang melihat wanita yang cantik apatah lagi gaya pakaian yang dipakai sesuai dengan selera mereka. Mereka juga mudah tertarik dengan dandanan rapi dan menarik. Penampilan pasangan yang cantik dan seksi akan membuatkan lelaki merasakan suasana romantis dengan isterinya
2. Sentuhan kecil
Ramai isteri yang melupakan sentuhan-sentuhan kecil buat suami. Antaranya ketika keluar bersama. Akibat sibuk melayani anak-anak, isteri enggan menggengam tangan atau lengan suami. Sebenarnya mengelus, memegang tangan suami atau melentokkan kepala di bahu suami cukup memberi ketenagan buat dirinya.
Suami akan rasa disayangi dan dimanjakan sekali gus membuatkan dirinya terasa romantis. Sentuhan tersebut akan memberi kesan cinta dan tanda isteri memberi perhatian secara utuh kepadanya.
3. Pujian
Bukan wanita sahaja yang senang menerima pujian, lelaki juga sama. Apatah lagi jika pujian itu bersangkutan dengan aspek kelelakian mereka. Lelaki selalu ingin menjadi hero. Jadi mereka akan merasa sangat dihargai bila dipuji sebagai pekerja gigih, bekerja keras dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
4. Lakukan perkara kreatif dan spontan
Tanggungjawab atau tugas yang sama setiap hari selepas berumah tangga membuatkan kehidupan boleh terasa membosankan buat lelaki. Segarkanlah kembali kehidupan sekeoas berkahwin agar tidak menjadi rutin. Lakukanlah perkara-perkara yang kreatif dan spontan seperti memberikan hadiah bukan di hari lahirnya, mengajaknya melakukan rawatan spa bersana ataupun membeli VCD filem romantik untuk ditonton bersama.
Selain itu luangkanlah juga masa untuk berdua bersama suami baig menghilangkan kepenatan selepas seharian beraktiviti. Atur acara dihujung minggu bersamanya agar sentiasa ada aktiviti yang hendak dilakukan dan hidup tidak terasa membosankan.
5. Ambil tahu perkembangan
Lelaki akan merasa diperhatikan bila pasangan mengetahui berbagai aspek dalam kehidupannya baik dalam pekerjaan, keluarga hingga rakan-rakannya. Baginya, ini merupakan salah satu cara berkongsi dengan pasangannya. Jadi sewaktu bersama dengan pasangan, tanyakanlah apa yang berlaku di pejabat atau perkembangan rakan-rakannya. Tapi anda juga harus berhati-hati kerana lelaki suka diperhatikan dan tidak suka dicampuri urusannya.
6. Makan malam yang tenang
Walaupun selalu diberitahu tentang perkara ini namun jarang dilakukan oleh si isteri. Makan malam yang tenang dengan disertai percakapan yang hangat membuat kaum lelaki merasa seolah-olah kembali di alam percintaan dengan isterinya. Biasanya lelaki suka makan enak, jadi apa salahnya memuaskan di meja makan juga? Situasi ini pasti membangkitkan sikap romantis dari suami
7. Kongsi rahsia dengan suami
Biasanya lelaki ingin menjadi belahan jiwa anda. Jadi tidak ada salahnya anda menceritakan rahsia anda secara simbolik untuk menunjukkan kesetiaan anda dalam berhubungan dengannya,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD
Buta Mata Celik Hati Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan