Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Januari 2020

MEMBANGKITKAN SIKAP ROMANTIS SUAMI

Hijab

Sebenarnya sikap romantis ini ada pada setiap lelaki. Bezanya ada lelaki yang boleh mempamerkannya dan ada yang lebih suka memendamkannya. Jika suami anda jenis memendam sikap romantis dan lansung tidak mempamerkannya maka terpulang pada anda untuk mencungkilnya.

Cara dibawah adalah antara tip yang boleh dipraktikkan untuk membangkitkan sikap romantis suami anda.

1. Kelihatan cantik
  Pastikan anda sentiasa kelihatan cantik untuk suami termasuklah ketika di rumah. Sekali pun anda berkain batik dan berbaju t-shirt, pastikan ia tidak lusuh. Pakai bedak dan secalit gincu dibibir untuk menyerikan wajah.

  Sekali sekala tampillah dengan baju yang cantik atau seksi ketika di rumah sebab lelaki cukup senang melihat wanita yang cantik apatah lagi gaya pakaian yang dipakai sesuai dengan selera mereka. Mereka juga mudah tertarik dengan dandanan rapi dan menarik. Penampilan pasangan yang cantik dan seksi akan membuatkan lelaki merasakan suasana romantis dengan isterinya

2. Sentuhan kecil
  Ramai isteri yang melupakan sentuhan-sentuhan kecil buat suami. Antaranya ketika keluar bersama. Akibat sibuk melayani anak-anak, isteri enggan menggengam tangan atau lengan suami. Sebenarnya mengelus, memegang tangan suami atau melentokkan kepala di bahu suami cukup memberi ketenagan buat dirinya.

  Suami akan rasa disayangi dan dimanjakan sekali gus membuatkan dirinya terasa romantis. Sentuhan tersebut akan memberi kesan cinta dan tanda isteri memberi perhatian secara utuh kepadanya.

3. Pujian
 Bukan wanita sahaja yang senang menerima pujian, lelaki juga sama. Apatah lagi jika pujian itu bersangkutan dengan aspek kelelakian mereka. Lelaki selalu ingin menjadi hero. Jadi mereka akan merasa sangat dihargai bila dipuji sebagai pekerja gigih, bekerja keras dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

4. Lakukan perkara kreatif dan spontan
  Tanggungjawab atau tugas yang sama setiap hari selepas berumah tangga membuatkan kehidupan boleh terasa membosankan buat lelaki. Segarkanlah kembali kehidupan sekeoas berkahwin agar tidak menjadi rutin. Lakukanlah perkara-perkara yang kreatif dan spontan seperti memberikan hadiah bukan di hari lahirnya, mengajaknya melakukan rawatan spa bersana ataupun membeli VCD filem romantik untuk ditonton bersama.
  
  Selain itu luangkanlah juga masa untuk berdua bersama suami baig menghilangkan kepenatan selepas seharian beraktiviti. Atur acara dihujung minggu bersamanya agar sentiasa ada aktiviti yang hendak dilakukan dan hidup tidak terasa membosankan.

5. Ambil tahu perkembangan
  Lelaki akan merasa diperhatikan bila pasangan mengetahui berbagai aspek dalam kehidupannya baik dalam pekerjaan, keluarga hingga rakan-rakannya. Baginya, ini merupakan salah satu cara berkongsi dengan pasangannya. Jadi sewaktu bersama dengan pasangan, tanyakanlah apa yang berlaku di pejabat atau perkembangan rakan-rakannya. Tapi anda juga harus berhati-hati kerana lelaki suka diperhatikan dan tidak suka dicampuri urusannya.

6. Makan malam yang tenang
  Walaupun selalu diberitahu tentang perkara ini namun jarang dilakukan oleh si isteri. Makan malam yang tenang dengan disertai percakapan yang hangat membuat kaum lelaki merasa seolah-olah kembali di alam percintaan dengan isterinya. Biasanya lelaki suka makan enak, jadi apa salahnya memuaskan di meja makan juga? Situasi ini pasti membangkitkan sikap romantis dari suami

7. Kongsi rahsia dengan suami
  Biasanya lelaki ingin menjadi belahan jiwa anda. Jadi tidak ada salahnya anda menceritakan rahsia anda secara simbolik untuk menunjukkan kesetiaan anda dalam berhubungan dengannya,


Selasa, 31 Disember 2019

10 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI SEORANG ISTERI

Mewujudkan suasana keluarga harmoni merupakan satu teras penting dalam institusi keluarga bahkan dengan rasa ketakwaan dapat mendidik diri dengan rasa takut kepada Allah, beramal dengan kebaikan, redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan dan membuat persediaan bagi menuju kepada Allah dengan amal soleh. Dengan ini kita tidak terpedaya dengan tipu helah dunia yang boleh menarik ke arah jalan kehancuran rumah tangga.

Disini disertakan 10 perkara yang patut dijauhi wanita dan isteri solehah:

Mencari-cari alasan untuk minta cerai
Perkahwinan adalah hubungan yang suci, berdiri di atas makna ruh dan perasaan mulia. Ikatan perkahwinan harus dipertahankan dengan teguh, kecuali Allah menghendaki sesuatu yang harus terjadi
Rasulullah bersabda "tiap isteri yang meminta cerai kepada suaminya dengan alasan yang dapat dibenarkan, maka haram atasnya bau syurga" Keduany punya hak dan kewajipan. Selagi kedua pihak mahu memperhatikan nasihat yang digariskan oleh agama tentu keduanya tidak terjadi punca perceraian.

Bercampur dengan kaum lelaki

Masalah pergaulan bebas antara lelaki dengan kaum wanita yang melanda umat islam pada saat ini kerana pengaruh dari budaya orang-orang Eropah. Mereka memberikan kebebasan untuk berbuat apa saja sehingga keluar waktu malam dan bercampur di mana saja
Rasullullah bersabda " Ketahuilah, jangan sekali-kali seorang lelaki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali jika dia hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya".
Wasiat nabi ini bagi memastikakn keagungan dan nilai tinggi kedudukan seorang wanita dan memastikan bahaya bagi lelaki bercampur wanita

Jauhi perasaan buruk sangka

Rasulullah SAW mengecam dengan kerasnya bagi kaum Muslimin yang berburuk sangka kepada sesama manusia  
"Awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah perkataan yang paling bohong"
Rasullulah mengarahkan kita supaya memandang perbuatan lahir manusia sahaja tanpa menggantungkan diri kepada prasangka.

Hindari perasaan marah

Wahai muslimah, alangkah agungnya peribadi Rasulullah yang sentiasa menanamkan sifat pengampun dan pemaaf dalam jiwa kita. 
Dari Aisya ra berkata " Tidak pernah Rasullullah SAW memukul sesuatu dengan tangannya, samada perempuan atau khadam kecuali dalam peperangan pada jalan Allah dan tidak pernah membalas satu perbuatan salah sahabat baginda terhadap dirinya dengan perbuatan salah yang sebanding dengan perbuatannya(dimaafkan dan diampunkan) kecuali  dilanggar apa-apa yang diharamkan Allah, barulah baginda membalas kerana Allah SWT."
Sifat marah mampu menjerumuskan manusia kedalam kejahatan dan boleh membawa kepada keruntuhan hubungan, institusi dan keluarga.

Jangan menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suamimu

Betapa banyak yang kita dengar  seorang wanita diceraikan suaminya lalu suaminay menikah dengan temannya sendiri atau tenagga atau wanita yang dekat dengan isterinya, padahal pada mulanya suami tidak mengetahui berita kecuali dari isterinya
Rasulullah SAW " Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu dia menceritakan sifat-sifat wanita lain itu kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya dapat melihatnya."
Hal ini dilihat remeh namun tanpa disedari sebenarnya kita membawa masuk anasir luar ke dalam rumah tangga kita  dan menyebabkan suami kita terpengaruh dan lebih memperhatikan orang lain berbanding isteri sendiri

Merendahkan pemberian suami

Bersyukurlah dengan segala pemberian suami kerana dengan itulah mengalir rezeki yang lain kepada suamimu 
Rasulullah SAW bersabda "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah akau mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya"
Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Menjauhi sifat pendendam

Rasulullah SAW " Ada tiga perkara yang akan aku beritahukan kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu sifat ini, maka Allah akan mengampuni dosanya iaitu:pertama, orang yang mati tidak menyekutukan Allahkedua, orang yang mati yang tidak pernah menjadi tukang sihirketiga orang yang tidak pernah dendam terhadap saudara-saudaranya"

Jangan biarkan kemungkaran

Sesungguhnya setiap nasihat atau teguran perlu diteliti dan dihalusi, orang yang menegur mestilah dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan marah dan emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana semua itu tidak akan menyelesaikan mestilah, akan tetapi sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan 
Rasulullah SAW " barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannya, Kalau tidak sanggup makan hendaklah menegurnya dengan mulutnya. Jika dengan cara ini juga masih tidak sanggup, maka hendaklah dengan hatinya. Yang terakhir adalah usaha yang paling lemah dengan iman"

Tamak

Penyakit tamak ini adalah sifat ingin menguasai datu mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama lain sifat tamak ini ialah loba atau serakah. Sifat tamak tidak akb bertahan lama dan pada tingkat terakhir pasti mengalami kejatuhan

Bermuka dua

Maka, sudah sewajibnya, seorang beriman dapat menyatukan juga antara iman dan amal, tidak bertolak belakang, apalagi berlawanan arah. Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang bermuka dua.
Rasulullah SAW "Engkau akan menemui seburuk-buruk manusia di sisi Allah nanti pada hari kiamat, iaitu orang yang bermuka dua. Orang yang datang kepada satu golongan dengan wajah,dan datang kepada golongan lain dengan wajah yang lain pula."
Dengan kata mutiara lain pula disebutkan "kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata peliharalah lidah."

Sabtu, 21 Disember 2019

PETUA KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Related image

BANYAKKKAN BERSABAR
   Kita memang tak boleh lari daripada bersabar. Ada orang kata ," Alamak, asyik-asyik cakap pasal sabar, tak ada pesan yang lainkah?'' Sebenarnya, lebih 33 kali Allah menyebut tentang sabar dalam al-quran. Oleh sebab itu, sudah pastu kita tidak boleh lari daripada bercakap mengenai sabar. 
  Sabar menjadi syarat turunnya pertolongan Allah kepada manusia. Kerana itu, selama mana Allah belum melihat ada nilai sabar pada diri seseorang, barangkali Allah melihat belum sampai lagi tingkatan sabar pada dirinya, maka pertolongan kepada dia ditunda, Insya-Allah jika kita sabar maka turunlah penyelesaian.


ISTIQAMAH BAIKI DIRI

   Soal saling membaiki orang lain dan soal orang berubah kepada kebaikan adalah soal hidayah. Maka jika soal hidayah bukan kita yang dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang Allah boleh jadikan asbab isteri yang sabar, juga suami yang istiqamah sebagai musabab untuk Allah memberikan hidayah-Nya kepada pasangan.
   Tidak semestinya suami perlu nasihatkan isteri 10-40 kali sehari misalnya, dan tidak semestinya juga dengan melihat, " oh, sabarnya dia," Oh istiqamahnya dia". Lalu menganggap itu semua menjadi sebab turunnya pertolingan daripada Allah. Mulakan dengan diri kita dahulu


MELAYANI PASANGAN DENGAN BAIK

  Walaupun kita nampak suatu perkara yang menyakitkan hati tentang pasangan dan satu sudut, tetapi kita boleh belajar daripada al-Quran yang menyebut, maksudnya " Barangkali kamu membenci sesuatu perkara, tetapi Allah menjadikan perkara yang kamu tidak suka padanya ada kebaikan yang banyak'.(Surah Al-Nisa 4:19)
  Dalam erti kata lain, jika kita tidak suka satu perkara, sebenarnya ada lagi 10 perkara yang suami isteri kita lakukan. Oleh itu, jangan disebabkan satu perkara atau 10 perkara kita tidak suka, kita mengabaikan tanggungjawab. Jangan kita mendidik dan mendakwah orang lain hingga terlupa dan mengabaikan tanggungjawab kita.


MENEGUR DAN MEMUJUK DENGAN HIKMAH

   Suami yang melihat isterinya liat melakukan perkara agama misalnya, saya kira kita bukan lagi dalam dalam bentuk mengarah isteri untuk pergi kuliah, dengar ceramah, begitu dan begini, Tetapi saya rasa perlu dibuat satu perbincangan yang menampakkan perkara tersebut adalah perkara yang besar, yang datang daripada kasih sayang melalui pandangan mata yang sangat berharap isteri akan faham.
   Adakan satu perbincangan dan perjanjian sama ada secara lansungm bertulis atau tidak bertulis yang kita sama-sama ingin tingkatkan ilmu agama, sama-sama ingin menjadi suami atau isteri yang boleh memberikan satu layanan kasih sayang yang terbaik kepada pasangan.
  Walaubagaimanapunm rumah tangga adalah seni memujuk dan mengajak. Suami misalanya tidak boleh sewenang-wenangnya mengguna pakai hukum" Awak wajib ikut arahan saya, kalau tidak awak dikira nusyuz".


MEMINTA BANTUAN PIHAK KETIGA

Saya tidak menolak satu keadaan bahawa barangkali Allah sangat sayang kepada suami yang diuji dengan isteri yang banyak mendatangkan masalah, Allah uji untuk melihat suami menjadi seorang yang sabar, dibangkitkan esok dalam golongan yang sabar. Lalu ujian datang daripada isteri yang menyakitkan hati, walaupun suami sudah melakukan banyak ikhtiar tetapi keadaan isteri tetap sama.
  Maka, kita ambillah jalan akhir, iaitu hal ini berlaku disebabkan ujian, namun dalam masa yang sama kita teruskan ikhtiar. Dalam kes yang melibatkan suami isteri apabila kita ada anak-anak yang dewasa dan telah matang maka anak-anak boleh memainkan peranan untuk memberi nasihat sama ada bagi pihak ibu atau bapa


BERDOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

  Suami isteri perlu lebih banyak berdoa untuk pasangan supaya hatinnya menjadi lembut. Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan keperluan sentuhan dalam rumah tangga. Jika kita jarang membelai pasangan, jarang sentuh atau riba dia, maka perkara ini menjadikan kita semakin kaku dan jiwa semakin keras
   Kalau perkara ini sudah berlarutan 10 hingga 20 tahun bermakna kita makan hasil daripada kelalaian kita sendiri. Teruslah berdoa dan yakin bahawa tawakal kepada Allah tidak sia-sia.
  
DENGAN PETUA INI AKAN SAMPAI SUATU MASA NANTI KITA MELIHAT RUMAH TANGGA YANG BENAR-BENAR MENCERIAKN, PENUH MAWADDAH DAN RAHMAT. INSYA-ALLAH.






















kredit to Ustzah Norhafizah Musa

Rabu, 18 Disember 2019

ANAK SUKA BERCAKAP

Kredit to Prof. Madya Dr. Bustam Kamri



"
Anak saya kini berusia 4 tahun dan dia memang suak bercakap, Tetapi kadang kala, saya lihat dia bercakap seorang diri. Bolehkah Prof memberikan nasihat dan panduan cara yang betul untuk saya lebih memahami situasi ini.
"




 Semasa kanak-kanak tatih berusia 10-14 bulan perkataan pertama biasa disebut ialah kata nama. Kanak-kanak peringkat ini tidak menyebut kata kerja. Antara 12-18 bulan kanak-kanak tatih ini suka melihat sesuatu (atau orang), menunjuk dan kemudian menyebut satu atau dua perkataan. Kesalahan sebutan merupakan suatu kebiasaan. Dianggarkan kanak-kanak di peringkat ini menyebut dua perkataan seminggu. Perbendaharaan kata kanak-kanak tatih semakin meningkat usia apabila berusia 18-24 bulan sebanyak 200 perkataan. Terdapat kanak-kanak tatih pada peringkat usia 18bulan-24 bulan yang berterusan bertanya "apa itu?' atau cuma menyebut "tu?' kanak-kanak ini mahukan nama objek. Terdapat orang dewasa atau ibu-bapa yang merasa bosan untuk menjawab pertanyaan yang sama berulang kali.

  Pada peringkat usia dua tahun hingga tugas tahun kanak-kanak sudah menguasai lebih kurang 500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan supaya jangan bosan kerana kanak-kanak peringkat ini sepanjang masa akan menyoal, " kenapa?' Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.

  Kanak-kanak yang berusia tiga tahun hingga empat tahun pula sudah mempunyai perbendaharaan kata sebanyak 800 perkataan. Kanak-kanak ini mula menggunakan perkatan "tidak" atau "tidak boleh" begitu juga kata arah atau kedudukan sesuatu benda seperti "atas" ataupun "dalam". Menjelaskan tentang masa "siang" atau"malam". Apabila berusia empat tahun hingga lima tahun kanak-kanak dianggarkan sudah mempunyai 1500 perkataan. Pada masa ini kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan jelas dan berupaya membina ayat menggunakan lima dan enam perkataan. Malah mereka boleh membuat cerita.

  Pada masa ini orang dewasa hendaklah berhati-hati tentang kesahihan cerita yang direka oleh kanak-kanak ini. Namun terus galakkkan kanak-kanak ini berkomunikasi dan membetulkan cerita jika tidak sesuai. Semasa kanak-kanak berumur lima hingga tujuh tahun telah menguasai lebih kurang 11,000 perkataan. Kanak-kanak pada usia ini sudah boleh menceritakan semula dan berbincang cerita yang mereka dengar, mereka mempunyai banyak perkataan dan terus meningkat sehingga boleh mengetahui lebih daripada 50, 000 perkataan seperti orang dewasa.


Orang dewasa hendaklah menggalakkan kanak-kanak bercakap

 Orang dewasa hendaklah menggalakkan kanak-kanak bercakap. Menerusi percakapan kanak-kanak menyalurkan pemikirannya. Bermakna apabila kanak-kanak bercakap itulah yang difikirkannya. Kanak-kanak tidak dapat memberi penerangan atau memperjelaskan pemikirannya sebagaimana orang dewasa. Oleh itu, meggalakkan kanak-kanak meneruskan perbincangan dengan rakan semasa di taska atau tadika dapat memperkembangkan perkara yang difikirkannya.

  
  Sekiranya kanak-kanak sedang berbincang terus diberi galakan. Suasana perbincangan sesama kanak-kanak dapat menjana pemikiran kreatif dan keyakinan diri. Sebaliknya menyuruh kanak-kanak duduk diam dan menghalang kanak-kanak berbual atau berbincang kerana dianggap membuat bising akan menjadikan kanak-kanak pasif dan kurang keyakinan diri.

  Kita perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak yang bersesuaian. Kesesuaian mengikut individu berdasarkan setiap kanak-kanak mempunyai keunikan dari segi corak dan masa pertumbuhannya, personaliti, gaya pembelajaran, dan latar keluarga. Pembelajaran kanak-kanak adalah hasil interaksi antara pemikiran kanak-kanak dan pengalaman dengan peralatan, idea dan manusia. Pengalaman mestilah berpadanan dengan keupayaan perkembangan kanak-kanak, mencabar minat dan kefahaman kanak-kanak. 


 Jika kanak-kanak itu membuat pertanyaan jika atau kalau? Anda harus memberikan jawapan yang betul. Ia dapat membantu kanak-kanak memikirkan keputusan atau hasil sesuatu perkara terhadap kesan dan akibat perubahan berlaku. Kemukakan soalan yang diberikan masa kanak-kanak untuk meneka hasilnya sebelum sesuatu perkara dilakukan.

  Namun ada kanak-kanak yang suka bercakap sendirian. Kanak-kanak semasa di peringkat tadika mula menggunakan percakapan untuk berkomunikasi dengan orang lain tetapi juga untuk dirinya sendiri. Apabila kanak-kanak menggunakan perkataan sendiri mereka akan bercakap kuat. tetapi kebanyakan pertuturan bukan ditujukan kepada sesiapa hanya pada dirinya sahaja.

 Perkataan sendirian sebagai langkah pertuturan ke arah sosial ke arah dalaman dan akhirnya ke pemikrian verbal. Pertuturan persendirian bukanlah sebagai tanda kurang matang tetapi tanda perkembangan kognitif. Sebab itu, kadang kala anda akan melihat dia bercakap sendirian. Usah risau perkembangan ini. Anak anda sedang belajar untuk berkomunikasi pada awal usia perkembangannya.


TIPS ANAK CERGAS
Melompat, memanjat, berlari, mengayuh basikal dan bermain bola. Biarkan dia bermain! Namun pastikan ia dilakukan dengan pengawasan anda. Jangan terlalu dedahkan anak dengan gajet moden yang menyebabkan dia duduk dua hingga tiga jam hanya bermain internet. Bawa anak ke taman permainan untuk dia melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Dengan itu meransang minda yang cerdas dan fizikal yang cergas.


























AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...