Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2019

KUALA BESUT DINASTI MENARIK YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

Jika ramai yang tercari-cari tempat yang mendamaikan dan dalam masa yang sama untuk menghabiskan cuti anda secara santai dan terhubung, saya syorkan anda untuk datang ke Besut, Terengganu. Bukan kerana tempat ini terpencil tapi tempat ini merupakan salah satu destinasi atau hentian yang mana menambat hati pengunjung luar kerana banyak tempat menarik disini. 

Jika anda berminat untuk bercuti sekitar beberapa hari, disini saya sertakan 10 tempat menarik untuk anda jika datang ke Kuala Besut atau Besut, Terengganu.


1. PASAR JUMAAT KUALA BESUT
Jika kebetulan anda sampai ke sini pada hari khamis dan bermalam hingga pagi jumaat anda boleh berkunjung ke pasar pagi terbesar di Kuala Besut, Terengganu.Tak susah nak mencari tempat ni, waze atau google maps je Pasar Tani Kuala Besut malah ia hanya berada dalam kawasan Perhentian Bas Kuala Besut.

Image result for pasar tani kuala besut

 Di sini anda boleh mendapat pelbagai barangan sama ada barang basah, barang pukal, bundle dan merasai pelbagai kuih muih tradisional dari penduduk setempat.Apa yang berbeza kuih muih disini lebih besar dan inti lebih banyak, malah tempat bundle hampir 10-15 khemah dibuka. Tempat ini menjadi tumpuan penduduk kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan anda juga masih boleh tawar menawar serendah mungkin.. Menarik bukan!!

2. PULAU PERHENTIAN
Antara bulan April hingga bulan September, Kuala Besut akan dipenuhi pelancong asing yang berkeliaran disekitar pekan Kuala Besut untuk menuju destinasi tarikan utama dunia iaitu Pulau Perhentian

Related image

Dikatakan di antara pulau yang menjadi tarikan utama untuk pelancong sama ada dari tempatan atau luar negara. Hal ini kerana Pulau ini masih terjaga dan belum tercemar dengan kenderaan berasap. Keindahan semula jadi yang memukau dan pemandangan indah dasar lautnya yang memukau menjadi tarikan untuk pelancong melakukan aktiviti snorkeling dan diving.

3. AIR TERJUN LATA
  Bukan sahaja air laut, Besut juga dikelilingi kawasan hutan semulajadi. Terdapat 2 Air Terjun iaitu di Hutan Lipur Lata Tembakah dan Hutan Lipur Lata Belatan. Pastinya untuk anda yang gemarkan percutian yang menenangkan fikiran, beriadah bersama keluarga dan mandi manda disini merupakan tempat terbaik untuk anda kunjungi.


Image result for lata tembakah besut
Lata tembakah
Airnya yang sejuk dan jernih menjadi tumpuan utama mereka untuk bertandang. Hutan Lipur Tembakah terletak di  Hutan Simpan Pelagat, Besut Terengganu dan mempunyai 5 tingkat. Manakala Hutan Lipur Belatan terletak di pintu masuk Hutan Gunung Tebu. Disini terdapat tempat yang selamat untuk anak kecil bermain air dan disediakan pelbagai kemudahan seperti kedai-kedai, tapak perkhemahan, tandas awam dan tempat letak kereta.

4. KOLAM AIR PANAS
Jika anda sudah ke air terjun, pastinya lokasi ini turut menjadi antara pilihan untuk penggemar yang sukakan persekitaran semulajadi. Kolam air panas La Hot Spring agak jauh dari Pusat Bandar Jerteh dan memakan masa hampir sejam untuk sampai kesini. Meski demikian tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong kerana terdapat tempat untuk mandi air panas dan dibawahnya terdapat air sejuk.

Related image
Kolam Air Panas La Besut

5. DATARAN KUALA BESUT
Sekiranya anda berada di Kuala Besut, anda boleh bersantai dan minum petang di Dataran Kuala Besut, tempat ini berhampiran dengan jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas, deretan kedai makan, kawasan letak kereta, hotel, dan taman permainan kanak-kanak. 


  
  Biasanya tempat ini mula dipenuhi orang ramai sekitar 3petang hingga 10 malam. Terdapat dataran berbumbung untuk kegunaan penduduk sama ada aktiviti anjuran penduduk tempatan, acara/pertandingan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Berhadapan dengan laut China Selatan anda pasti merasakan keindahan angin yang mendamaikan disamping menikmati aktiviti riadah bersama keluarga.

6. BUKIT KLUANG
  Bukit Kluang Besut merupakan salah satu lokasi pemandangan terbaik dengan pantainya yang cantik, gua laut dan jika anda gemarkan matahari terbit dari laut , pastinya disini menjanjikan pengalaman yang berbeza. Untuk menikmati pemandangan ini anda boleh mendaki bukit kluang setinggi 300 meter dari aras laut.


Berhadapan Laut China Selatan, disini menawarkan pemandangan yang memukau dari puncaknya. Bukan itu sahaja di kaki bukit kluang anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti mandi manda,menaiki kuda, banana boat, payung terjun, bersiar-siar ke Pulau Rhu, snorkeling, bermain belon buih, layang2 dan banyak lagi!!

Selain aktiviti tersebut Bukit Kluang juga menjadi pilihan pengantin melakukan sesi fotografi dan aktivti santai bersama keluarga, sahabat handai ataupun rakan sekerja. Tempat ini dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta, deretan kedai makan, taman permainan kanak-kanak dan tandas awam. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan pastinya anda ingin kembali lagi ke sini.

7. KOTA PUTERA SQUARE
Kota Putera merupakan mercu tanda pusat pentadbiran Besut untuk kegunaan persidangan, majlis perkahwinan, mini konvesyen dan ruang pameran. Penduduk setempat memanfaatkan kemudahan yang disediakan di situ selain menjaga kebersihan supaya persekitaran sentiasa menarik dan menjadi pusat riadah popular waktu malam

Image result for kota putera square
 Jika anda berkunjung pada waktu malam, selain penggunaan dewan ini, diluar bangunan terdapat plebagai aktiviti riadah yang dimeriahkan oleh penduduk tempatan seperti busking, food truck, sewa berbasikal dan mini motor, permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi. Sesuai untuk mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan.

8. MASJID DI BESUT
Terdapat beberapa masjid di Besut Terengganu yang menjadi tumpuan orang luar untuk datang sama ada beribadah mahupun mengambil kesempatan melihat keindahan masjidnya. Disini antara 4 masjid yang menjadi tarikan utama di Besut.



1. Masjid kayu Ulul Albab - terserlah dengan keindahan seni bina awan larat, motif bungan dan ukiran ayat-ayat suci.
2. Masjid Lapan Kubah - di kampung 8 kotak masjid ini mendapat jolokan Masjid Russia kerana seni binaan seakan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.
3. Masjid Hadhari - Berdekatan Bandar Jerteh Besut dan menjadi laluan utama Kelantan-Terengganu dan seni bina seakan Masjid Cordoba Sepanyol
4. Masjid Taman Ilmu -  Merupakan masjid terbesar di Terengganu dan ke-5 terbesar di Malaysia

9. PANTAI DALAM RHU
Tidak jauh dari Kuala Besut, terdapat pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai ialah Pantai Rhu Pasir Puteh Kelantan, walaupun tidak berada di dalam lingkungan Besut pantai ini sangat dekat dengan Kuala Besut, dengan pantainya yang cantik, berpasir halus dan bersih pantai ini sangat popular.




Sekiranya anda ingin menginap bersama keluarga terdapat sebuah resort Tok Aman Bali yang menawarkan pakej yang berbaloi untuk anda. Persekitarannya sangat cantik dan disertakan dengan lanskap yang menarik pasti tidak rugi untuk anda menetap disini kerana terdapat kolam renang dan tempat ini dikelilingi air.
Image result for RESORT TOK AMAN BALI BESUT
Resort Tok Aman Bali

10. MAKANAN LAUT
Melewati destinasi menarik di Besut, anda pasti tidak  ingin ketinggalan untuk merasai sumber protein yang menjadi sumber utama pendapatan masyarakat nelayan disini. Restoran Zul ikan bakar disini menawarkan ikan yang pelbagai dengan harga terbaik. Tempat ini menjadi lokasi bagi penggemar ikan bakar dan menu lain seperti sotong dan ikan celup tepung.
Image result for IKAN BAKAR BESUT
Zul Ikan Bakar

 Restoran ini sentiasa penuh terutamanya pada malam minggu. Jika anda mahu kesini bolehlah waze alamat Restoran Zul Ikan Bakar Besut yag terletak di Kampung Seberang Kastam berhampiran jambatan Kuala Besut. Waktu operasi sekitar 8malam- 2 pagi. Keenakan rasa rempah ikan bakarnya pasti menambat hati anda.

Selasa, 24 Disember 2019

LOST WORL OF TAMBUN


Image result for tambun lost world
    
Bagi yang berminat untuk menikmati percutian bersama keluarga di Lost World Of Tambun (LWOT) merupakan salah satu pilihan terbaik untuk anda sekeluarga kerana disini terdapat banyak aktiviti dan permainan yang menarik dan menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. LWOT merupakan taman tema terbesar di Semenanjung Utara Malaysia yang terletak berdekatan bandar Ipoh, Perak.


HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI

Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.
  • Harga tiket dewasa - RM56.
  • Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi - RM49.
  • Harga tiket Warga Emas - RM49.
  • Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - percuma.

Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:
  • Lost World Amusement Park.
  • Lost World Water Park.
  • Lost World Tiger Valley.
  • Lost World Petting Zoo.
  • Lost World Tin Valley.
  • Lost World Adventure Park
Waktu operasi
  • Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat - 11 am hingga 6 pm.
  • Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 10 am hingga 6 pm.
  • Ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

AKTIVITI DAN PERMAINAN

 LWOT ini ada lebih 64 tarikan dengan 10 taman tema dengan 109 spesis dipamerkan. Wah memang berbaloi jika ada memilih untuk bercuti di sini. Malah kawasan ini juga lebih friendly dan persekitaran yang lebih semulajadi berbanding taman tema lain. Jom kita semak apa aktiviti yang korang boleh lakukan di sini:

LOST WORLD WATER PARK
Water Park merupakan tarikan utama pengunjung untuk menikmatik permainan taman tema air. Banyak aktiviti yang disediakan untuk penggemar permainan air tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pasti seronok berada di sini. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah :

AMUSEMENT PARK
Selain permainan air di Water Park, tidak kurang dengan tarikan nya ialah Amusement Park .Dengan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan anda pasti ingin mencubanya. Antaranya ialah :

LOST WORLD ADVENTURE PARK
Dipenuhi dengan keseronokan yang untuk mengeluarkan keringat, ini adalah tempat yang sesuai untuk mana-mana syarikat untuk mendapatkan yang terbaik daripada orang-orang mereka. Mereka masing-masing akan belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan dan juga untuk memimpin. Semoga bersenang-senang lagi latihan kompetitif yang akan menggalakkan semangat pasukan!
Aktiviti yang mencabar mental dan fizikal anda


LOST WORLD PETTING ZOO
Taman binatang yang mempunyai lebih kurang 55 spesis binatang. Tidak seperti zoo biasa, di Lost World Petting Zoo, pengunjung boleh memberi makan dan bermain dengan binatang yang ada seperti arnab dan burung. Antara lain yang terdapat disini ialah:
  • Marmoset Tree House - Mempunyai marmoset iaitu monyet kecil seperti tupai yang berasal dari Amerika.
  • Tortoise Kingdom - Taman kura-kura yang cantik dengan sungai semulajadi yang mengalir ke kolam kura-kura.
  • Serpentarium - Taman ular.
  • Ruby and Friends - Menempatkan raccoon (binatang seperti musang berasal dari Amerika) yang sangat lembut dan comel.
  • Bird Paradise - Taman burung yang mempunyai 500 ekor burung dari 18 spesis.
  • Rabbit Wonderland - Tempat arnab disekitar sungai buatan.
  • Rain Forest Trail - Berjalan di dalam hutan.
  • Rock Canopy.
  • Related image
     Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta
     menyentuh sesetengah binatang yang jinak.

Keterangan gambar: Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta menyentuh sesetengah binatang yang jinak.
AKTIVITI LAIN

Related image
Aktiviti lain yang menarik dalam taman tema ini ialah Lost World Tiger Valley. Ia adalah kandang besar yang terdapat harimau didalamnya.
Didalam taman tema ini juga terdapat sebuah taman bijih timah yang di panggil Tin Valley. Tin valley adalah kawasan yang dibina dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah seperti mendulang bijih, gajah yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bijih dan lain-lain.
Selain itu, terdapat spa yang disediakan untuk pengunjung taman tema ini diwaktu malam. Lost World Hot Springs and Spa dibuka hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari 6.00pm-11.00pm. Tiket berharga RM24. Suhu air panas adalah sekitar 38-40 darjah selsius. Terdapat empat jenis kolam air panas iaitu:

Image result for last world of tambun HOT SPRING
  • Crystal pool.
  • Infinity pool.
  • Top of the world pool.
  • Saphira lair - Untuk kanak-kanak.
Spa.
  • Lost World Steam Cave
  • Foot Spa
  • Crystal Spa
Foot spa di Lost World of Tambun.
Foot spa pada waktu malam sahaja

Rabu, 18 Disember 2019

PERCUTIAN BAJET KE PULAU PERHENTIAN

CARA SAVE BUDGET ANDA KE PULAU PERHENTIAN

Related image
Pemandangan indah di Pulau Perhentian

Bagi korang yang baru nak start merancang nak ke pulau perhentian Cik ya nak cerita sedikit sebanyak tentang pulau ni. pulau perhentian terdiri daripada pulau perhentian kecil dan pulau perhentian besar. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan yang sangat memukau mata memandang dengan air laut yang jernih seperti kristal n pantainya yang bersih menjadikannya tempat pelancongan yang digemari terutamanya backpacker dari serata dunia.

Untuk pengetahuan kat pulau besar xde kenderaan darat seperti kereta, bas dll sebab memang xde jalan raya kt sini. That why ia terpelihara dari pencemaran asap namun kt Pulau perhentian kecil terdapat penduduk tempatan yang menggunakan motor di sekitar penempatan mereka. Kebanyakan daripada mereka menggunakan boat atau dikenali sbgai taxi yang dijadikan sebagai pengangkutan utama. Tidak hairanlah kenapa penduduk tempatan banyak bekerja sebagai boat man di pulau perhentian.


Related image
Sudahkah anda bersedia untuk travel

Disini Cik Ya sediakan tips macamana nak save bajet :

Percutian balik hari
Untuk korang yang nak save bajet boleh pergi by hari iaitu dari pkul 10- 4ptg. Bajet last xsilap around RM100 yang mana dengan harga tu korang dapat tiket boat pergi balik, makan tengahari dan snorkeling kat beberapa tempat menarik. For your  info marine park ticket korang kena bayar sendiri masa kt jeti. Ada pengawal jaga kt situ nanti korang kena bayar rasanya dalam rm5 kot utk masuk ke jeti. 


Related image
snorkeling atau scuba so heaven


Related image
Boleh pandang langit puas2 n dance kaho na pyar rehe

Bawa Khemah
If korang xnak stay kt resort,chalet or hotel korang boleh bawak khemah sebab sewa tapak pun murah je. Tak silap kat teluk keke, situ ada tempat best camping  n untuk uolls snorkeling. Tetapi yang xbestnya pulau ni tempat yang dikelilingi air, so udara persekitaran agak sejuk serta angin kuat. Nanti bergoyang khemah korang Cik ya xtanggung.hehe


Related image
salah satu resort mohsin chalet yang terletak atas bukit

Bilik Kipas atau Hilltop
Kalu nak bermalam dekat mana2 resort ada penginapan harga murah around RM50-RM100 untuk bilik kipas atau stay kt hilltop (Atas bukit). Janji ada bilik, lain lah kalo korang memang bercuti untuk lebih keselesaan better ambik bilik dengan harga yang berbaloi. Tapi korang make sure skali masa book bilik malam ada x elektrik sebab ada resort akan totally off their engine. Kebanyakan mat salleh ambik je bilik macam ni sebab dorang nak stay lama kt pulau.


Image result for murah pakej pulau perhentian
Antara pakej murah  yang ditawarkan

Pakej Murah

If  korang pandai cari boleh jer dapat bilik murah by walk in sebab kebanyakan resort akan save 1 bilik maybe utk emergency case kot. Pakej murah utk satu pasangan rm300- rm350 termasuk penginapan 3hari 2 malam, tiket pergi balik brekpes dan snorkeling 2x.Minta je diskaun masa book utk save bajet. Korang nak tiket murah pergi ke tempat jeti counting dengan abg boat, insya Allah dapat la harga murah.

Tu saja Cik Ya nak kongsi, nanti ada masa cik ya bagitau korang  aktiviti apa yang boleh korang lakukan semasa di pulau perhentian. Cik ya ni xde la pengalaman sangat tapi boleh la sekadar berkongsi sebab cik ya pernah bekerja di pulau perhentian dan jeti k.besut suatu ketika dulu.

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...