Jika anda berminat untuk bercuti sekitar beberapa hari, disini saya sertakan 10 tempat menarik untuk anda jika datang ke Kuala Besut atau Besut, Terengganu.
1. PASAR JUMAAT KUALA BESUT
Jika kebetulan anda sampai ke sini pada hari khamis dan bermalam hingga pagi jumaat anda boleh berkunjung ke pasar pagi terbesar di Kuala Besut, Terengganu.Tak susah nak mencari tempat ni, waze atau google maps je Pasar Tani Kuala Besut malah ia hanya berada dalam kawasan Perhentian Bas Kuala Besut.
Di sini anda boleh mendapat pelbagai barangan sama ada barang basah, barang pukal, bundle dan merasai pelbagai kuih muih tradisional dari penduduk setempat.Apa yang berbeza kuih muih disini lebih besar dan inti lebih banyak, malah tempat bundle hampir 10-15 khemah dibuka. Tempat ini menjadi tumpuan penduduk kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan anda juga masih boleh tawar menawar serendah mungkin.. Menarik bukan!!
2. PULAU PERHENTIAN
Antara bulan April hingga bulan September, Kuala Besut akan dipenuhi pelancong asing yang berkeliaran disekitar pekan Kuala Besut untuk menuju destinasi tarikan utama dunia iaitu Pulau Perhentian
Dikatakan di antara pulau yang menjadi tarikan utama untuk pelancong sama ada dari tempatan atau luar negara. Hal ini kerana Pulau ini masih terjaga dan belum tercemar dengan kenderaan berasap. Keindahan semula jadi yang memukau dan pemandangan indah dasar lautnya yang memukau menjadi tarikan untuk pelancong melakukan aktiviti snorkeling dan diving.
3. AIR TERJUN LATA
Bukan sahaja air laut, Besut juga dikelilingi kawasan hutan semulajadi. Terdapat 2 Air Terjun iaitu di Hutan Lipur Lata Tembakah dan Hutan Lipur Lata Belatan. Pastinya untuk anda yang gemarkan percutian yang menenangkan fikiran, beriadah bersama keluarga dan mandi manda disini merupakan tempat terbaik untuk anda kunjungi.
Lata tembakah |
4. KOLAM AIR PANAS
Jika anda sudah ke air terjun, pastinya lokasi ini turut menjadi antara pilihan untuk penggemar yang sukakan persekitaran semulajadi. Kolam air panas La Hot Spring agak jauh dari Pusat Bandar Jerteh dan memakan masa hampir sejam untuk sampai kesini. Meski demikian tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong kerana terdapat tempat untuk mandi air panas dan dibawahnya terdapat air sejuk.
Kolam Air Panas La Besut |
5. DATARAN KUALA BESUT
Sekiranya anda berada di Kuala Besut, anda boleh bersantai dan minum petang di Dataran Kuala Besut, tempat ini berhampiran dengan jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas, deretan kedai makan, kawasan letak kereta, hotel, dan taman permainan kanak-kanak.
Biasanya tempat ini mula dipenuhi orang ramai sekitar 3petang hingga 10 malam. Terdapat dataran berbumbung untuk kegunaan penduduk sama ada aktiviti anjuran penduduk tempatan, acara/pertandingan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Berhadapan dengan laut China Selatan anda pasti merasakan keindahan angin yang mendamaikan disamping menikmati aktiviti riadah bersama keluarga.
6. BUKIT KLUANG
Bukit Kluang Besut merupakan salah satu lokasi pemandangan terbaik dengan pantainya yang cantik, gua laut dan jika anda gemarkan matahari terbit dari laut , pastinya disini menjanjikan pengalaman yang berbeza. Untuk menikmati pemandangan ini anda boleh mendaki bukit kluang setinggi 300 meter dari aras laut.
Berhadapan Laut China Selatan, disini menawarkan pemandangan yang memukau dari puncaknya. Bukan itu sahaja di kaki bukit kluang anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti mandi manda,menaiki kuda, banana boat, payung terjun, bersiar-siar ke Pulau Rhu, snorkeling, bermain belon buih, layang2 dan banyak lagi!!
Selain aktiviti tersebut Bukit Kluang juga menjadi pilihan pengantin melakukan sesi fotografi dan aktivti santai bersama keluarga, sahabat handai ataupun rakan sekerja. Tempat ini dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta, deretan kedai makan, taman permainan kanak-kanak dan tandas awam. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan pastinya anda ingin kembali lagi ke sini.
7. KOTA PUTERA SQUARE
Kota Putera merupakan mercu tanda pusat pentadbiran Besut untuk kegunaan persidangan, majlis perkahwinan, mini konvesyen dan ruang pameran. Penduduk setempat memanfaatkan kemudahan yang disediakan di situ selain menjaga kebersihan supaya persekitaran sentiasa menarik dan menjadi pusat riadah popular waktu malam
Jika anda berkunjung pada waktu malam, selain penggunaan dewan ini, diluar bangunan terdapat plebagai aktiviti riadah yang dimeriahkan oleh penduduk tempatan seperti busking, food truck, sewa berbasikal dan mini motor, permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi. Sesuai untuk mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan.
8. MASJID DI BESUT
Terdapat beberapa masjid di Besut Terengganu yang menjadi tumpuan orang luar untuk datang sama ada beribadah mahupun mengambil kesempatan melihat keindahan masjidnya. Disini antara 4 masjid yang menjadi tarikan utama di Besut.
1. Masjid kayu Ulul Albab - terserlah dengan keindahan seni bina awan larat, motif bungan dan ukiran ayat-ayat suci.
2. Masjid Lapan Kubah - di kampung 8 kotak masjid ini mendapat jolokan Masjid Russia kerana seni binaan seakan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.
3. Masjid Hadhari - Berdekatan Bandar Jerteh Besut dan menjadi laluan utama Kelantan-Terengganu dan seni bina seakan Masjid Cordoba Sepanyol
4. Masjid Taman Ilmu - Merupakan masjid terbesar di Terengganu dan ke-5 terbesar di Malaysia
9. PANTAI DALAM RHU
Tidak jauh dari Kuala Besut, terdapat pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai ialah Pantai Rhu Pasir Puteh Kelantan, walaupun tidak berada di dalam lingkungan Besut pantai ini sangat dekat dengan Kuala Besut, dengan pantainya yang cantik, berpasir halus dan bersih pantai ini sangat popular.
Sekiranya anda ingin menginap bersama keluarga terdapat sebuah resort Tok Aman Bali yang menawarkan pakej yang berbaloi untuk anda. Persekitarannya sangat cantik dan disertakan dengan lanskap yang menarik pasti tidak rugi untuk anda menetap disini kerana terdapat kolam renang dan tempat ini dikelilingi air.
Resort Tok Aman Bali |
10. MAKANAN LAUT
Melewati destinasi menarik di Besut, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk merasai sumber protein yang menjadi sumber utama pendapatan masyarakat nelayan disini. Restoran Zul ikan bakar disini menawarkan ikan yang pelbagai dengan harga terbaik. Tempat ini menjadi lokasi bagi penggemar ikan bakar dan menu lain seperti sotong dan ikan celup tepung.
Zul Ikan Bakar |
Restoran ini sentiasa penuh terutamanya pada malam minggu. Jika anda mahu kesini bolehlah waze alamat Restoran Zul Ikan Bakar Besut yag terletak di Kampung Seberang Kastam berhampiran jambatan Kuala Besut. Waktu operasi sekitar 8malam- 2 pagi. Keenakan rasa rempah ikan bakarnya pasti menambat hati anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan