Disini saya kongsikan 8 cara kreatif kegunaan wallpapaper untuk anda dekorasikan mengikut keinginan anda.
1. RAK BUKU
Profesional rekaan sering menggunakan estetika (bentuk, warna, dan gaya) pada rak buku untuk menentukan reka bentuk kertas dinding yang digunakan untuk membuat rupa dan penampilan seakan rak. Rekaan yang tidak keterlaluan boleh memberi ciri sempurna pada rak buku anda.
2. LACI KABINET
Bosan melihat laci kabinet dengan warna yang kusam dan agak terlalu old fashion, apa kata anda hasilkan sesuatu yang menakjubkan dengan menggunakan kertas wallpaper. Pasti berbaloi dan kelihatan baru namun anda perlu mengukur untuk menghasilkan kekemasan dan garisan asal laci anda boleh menaikkan sisi wallpaper yang dibuat.
3. BINGKAI GAMBAR/ FRAME
Rumah anda mempunyai sudut yang menarik atau terlalu kosong pada dinding rumah. Untuk sesuaikan mood tersebut anda boleh cuba aplikasikan wallpaper dengan padanan perabot dan warna dinding. Pasti frame yang digantung menghasilkan impak yang berbeza pada ruangan atau sudut di rumah anda
4 LAMPU TIDUR
|
Bilik tidur anda yang membosankan dan hambar akan bertukar ke "wow dan grand!". Jika anda peminat rekaan vintage, penggunaan wallpaper jenis ini sangat sesuai. Malah cara membuat juga tidak terlalu rumit dan mengambil masa yang lama.
5. SILING RUMAH
Gunakan kertas dinding geometri untuk menyerlahkan ciri-ciri seni bina rumah anda, atau bercirikan perindustrian menggunakan kertas dinding kayu palsu (sekiranya anda bimbang berat kayu sebenar akan menyebabkan siling umpama masuk ke dalam gua!).
6. TRAY MINUMAN/ MAKANAN
Jika anda mempunyai dulang yang sudah hampir terkoyak dan haus permukaanya. Jadikan dulang minuman anda lebih stylish dan bergaya dengan wallpaper kerana ia mampu menghasilkan suasana yang baik lebih2 lagi untuk tetamu berkunjung.
7. MEJA
Kertas dinding boleh digunakan untuk hampir mana-mana permukaan menegak selagi permukaan bersih dan kering contoh nya meja makan, meja kerja atau meja majalah. Penampilan yang sempurna bagi mereka yang suka reka bentuk gaya vintaj dan floral pada meja anda
8. WALLPAPER TANGGA
Kalau sudah membuat wallpaper dinding rumah dan masih terdapat sedikit sisa, anda boleh jadikan wallpaper anda bercampur warna seperti dalam gambar untuk tangga anda namun jika anda ingin hasilkan susunan teratur satu jenis wallpaper sudah memadai.
KESIMPULAN
Sebenarnya banyak lagi fungsi wallpaper, sepeti anda boleh hasilkan wallpaper di peti ais, pasu, pintu, tong sampah mini dan sebagainya. Terpulang kepada kreativiti serta imaginasi anda. Saya tahu anda boleh melakukannya. Setiap dari anda pasti mempunyai citarasa yang unik yang mana itu menunjukkan keperibadian diri anda. so SERLAHKAN KEPERIBADIANMU...Hihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan