Sabtu, 21 Disember 2019

KISAH THE SILENT TWIN JUNE AND JENNIFER GIBBON

Image result for june jennifer gibbons

Dua orang anak kembar seiras, June dan Jennifer Gibbons sejak kecil sudah menunjukkan perwatakan yang berbeza daripada kanak-kanak kebanyakan. Keduanya tak dapat dipisahkan dan hanya saling berkomunikasi di antara mereka sahaja. Hal ini berterusan sehingga sehingga mereka dewasa dan keduanya sering terlibat dalam perbuatan jenayah. Yang paling misteri dari saudara kembar ini adalah perjanjian mengerikan antara mereka.

Beberapa kanak-kanak yang terlahir sebagai kembar seiras terkadang memiliki kisah-kisah serta kes pelik dan misteri. Contohnya kasus penjelmaan semula pada saudara Gillian dan Jennifer Pollock. Selain kes The Pollock Twins tersebut, ada pula kisah anak kembar lainnya yang terjadi di Barbados. Mereka adalah June dan Jennifer Gibbon yang dikenali sebagai The Silent Twins.


June dan Jennifer Gibbon dilahirkan pada tanggal 11 April 1963 di Barbados dan pasangan imigran Karibia bernama Gloria dan Aubrey Gibbon. Saat kedua kembar ini menginjak usia anak kecil, keduanya dikatakan seringkali berkomunikasi di antara mereka berdua sahaja, Namun kerana keduanya masih kecil, maka keduanya orang tua perlu tidak merasa begitu bimbang.

Saat mula masuk sekolah, kedua mula memperlihatakn perwatakan yang berbeza dari kanak-kanak kebanyakan. Mereka sama sekali tidak pernah berkomunikasi dengan orang luar dan seolah-olah bisu, bahkan dengan orang tua mereka sendiri. Mereka biasa bermain patung berdua dan mengasingkan diri di bilik dan kadang-kadang bercakap dengan adik perempuan mereka yang masih kecil, Rose.

Kebiasaan ini rupanya bertambah parah dengan adanya perlakuan rasis yang mereka teriam di sekolah kerana June dan Jennifer Gibbon adalah kanak-kanak yang lahir dengan kulit gelap. Perbuatan-perbuatan rasis membuat mereka trauma.

Belum lagi bahasa yang digunakan oleh keduanya tidak siapa pun memahaminya. June dan Jennifer Gibbon biasa berkomunikasi di antara mereka berdua dengan menggunakan bahasa Bajan Creole. Bahasa ini merupakan bahasa inggeris dengan jenis Creole dan loghta Afrika yang dipakai oleh penduduk di Pulau Karibia, Barbados. Namun dialek yang mereka pakai hanya difahami oleh keduanya dan juga mereka biasanya berbicara dengan sangat cepat sehingga tak ada seorang pun yang mengerti.


June dan Jennifer saat remaja



Suatu ketika saat usia mereka 14 tahun, keduanya dibawa berjumpa dengan doktor dan pakar terapi yang mencuba pelbagai cara agar keduanya mahu berbicara dengan orang lain. Tetapi segala usaha tampaknya sia-sia. Akhirnya seorang pakar terapi menyarankan kepada orang tua June dan Jennifer agar memisahkan mereka di asrama. Waktu berlalu hari demi hari, anmun usaha memisahkan bilik keduanya juga gagal. Mereka tetap membisu, akhirnya pakar terapi menyarankan keduanya dibawa balik.

Pada tahun natal 1979, June dan Jennifer Gibbon mendapatkan hadiah buku harian. Rupanya dengan buku harian itu mereka aktif sekali dan menulis dan meluahkan apa yang mereka rasakan. Kedua adik beradik itu juga dilaporkan mulai mengikuti kursus menulis kreatif melalui surat. Dari kebiasaan menulis ini mereka kemudian mampu membuat cerita-cerita pendek, novel dan drama radio.

June pernah menerbitkan novel bertajuk Pepsi-Cola Addict, sedangkan Jennifer lebih produktif. Ia mengarang berbagai novel di antaranaThe Pugilist, Discomania, The Taxi-Driver Son, sebuha drama radio berjudul Postman and Postwoman, dan berbagai cerita pendek. Novel-novel diterbitkan dibawah penerbit New Horizon. Namun novel serta cerita-cerita pendek mereka tak begitu laku di pasaran.

Ada satu ciri khas sekaligus keanehan pada setiap cerita yang dibuat kembar Gibbon ini. Semua novel, cerita pendek bahkan naskah drama radio semuanya bertema sama  iaitu jenayah.Tak lama selepas itumereka mula merencanakan tindakan jenayah secara realiti. Bahkan pencurian dan pembakaran bangunan. Namun mereka tak berakhir di penjara, melainkan di rumah sakit jiwa bernama Broadmoor Hospital yang memiliki keselamatan yang sangat ketat.

Dirumah sakit itu mereka ditempatkan terpisah. Namun anehnya, mereka seperti memiliki cara untuk berkomunikasi kerana terkadang didapati June sama sekali tidak makan, sementara Jennifer makan dengan lahap. Keesokan harinya giliran Jennifer sama sekali tidak menyentuh makanan dan June yang makan.


Marjorie Wallace bersama adik beradik Gibson
Mungkin dunia tidak akan pernah mengetahui kisah mereka berdua seandainya kisah unik dan misteri ini tidak dituliskan oleh seorang wartawan bernama Marjorie Wallace di Sunday Times. Kisah ini kemudian ditulis kembali pada surat khabar The Sun dengan headline yang sangat menarik.'Genius Twins Won't Speak'.


Menurut keterangan Wallace, kedua saudari kembar itu rupanya memiliki semacam perjanjian yang cukup mengerikan. Isi daripada perjanjian itu ialah bila salah satu dari mereka meninggal dunia, maka yang tetap hidup harus berbicara dengan normal dan berkomunikasi dengan orang awam.

Lalu entah bagaimana caranya, pada suatu hari di hari-hari terakhir mereka di Broadmoor Hospital selama 14 tahun lamanya sebelum pindah Caswell Clinic, mereka sepakat bahawa orang yang akan meninggal itu telah diputuskan oleh Jennifer. Caswell clinic adalah sebuah klinik dengan tempat yang lebih terbuka dan pengawasan yang tak seketat Broadmoor. Klinik tersebut di Bridgend, Wales.

Hari itu tahun 1993, June dan Jennifer sedang berada dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Caswell Clinic, Jennifer tiba-tiba membaringkan tubuhnya dan bersandar di pangkuan June. Tak lama setelah itu, ia meninggal dunia. Doktor yang melakukan autopsi pada jenazah Jennifer tak menemukan adanya racun atau ubat-ubatan di tubuh Jennifer. Hasil daripada pemeriksaan doktor menyimpulkanwanita itu meninggal dunia keran jantung. Sampai saat ini kematian Jennifer masih menjadi misteri.

Setelah Jennifer meninggal dunia, ajaibnya June boleh hidup dengan normal. Ia juga telah melakukan komunikasi dan berbicara dengan orang lain seperti orang kebanyakan. Bukan itu saja, ia juga aktif  dala persatuan di kawasan penempatannya di West Wales, dekat kediaman orang tuanya. June juga sempat melakukan wawancara dengan Harper's Bazaar dan The Guardian.


June Gibbson
Pada tahun 2016 yang lalu June dikhabarkan ingin melakukan tuntutan hukum pada Broadmoor Hospital, menurut June rumah sakit di mana mereka berada selama 14 tahun tersebut telah merosakkan hidup dirinya dan saudara kembarnya Jennifer. Ia juga mengatakan bahawa keadaan kesihatan Jennifer menjadi teruk saat berada di sana. Namun tuntutan itu kecewa kerana orang tuna June, Aubrey dan Gloria menolaknya dan mengatakan tuntutan itu tak akan pernah membuat Jennifer kembali. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...