Selasa, 17 Disember 2019

TIPS PEMBELIAN TANAMAN LANDSKAP


TIPS PEMBELIAN TANAMAN LANDSKAP

Related image
Tips pembelian Tanaman Landskap


 Apabila membeli tanaman hiasan untuk landskap sama ada pokok berdaun atau berbunga ikuti langkah berikut :


1) Pilih pokok yang mempunyai rumpun yang cantik dan segar.


2) Dedaunnya kelihatan subur, sihat dan tidak dimakan ulat atau serangga.


3) Pastikan pokok yang dibeli itu dibungkus dengan surat khbar basah bagi melindunginya daripada bahang terik matahari terutama jika diletakkan di dalam boot kereta ketika dibawa pulang


4) Apabila tiba dirumah, segera letakkannya di tempat teduh dan biarkan disitu beberapa hari sebelum dipindahkan bagi menyesuaikannya dengan keadaaan di persekitaran. Mulakan memberi baja selepas ia sesuai dengan keadaan persekitarannya. Dedahkannya kepada cahaya secara sedikit demi sedikit atau berperingkat supaya ia dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, tidak terus layu dan mati secara tiba-tiba.


5) Mulakan memberi baja selepas ia sesuai dengan keadaan persekitarannnya iaitu apabila ia telah tumbuh daun baru lebih kurang seminggu ia dibeli.







Tips di atas perlu diikuti memandangkan hiasan terutama pokok bunga semusim dan juga bunga eksotik seperti hedera, fuschsia, dahlia dan gloxinia yang dijual di negara ini banyak didatangkan dari Cameron Highland atau diimport dari negara Thailand, negara bersuhu sederhana seperti Belanda dan sebagainya. Oleh itu, dedahan mengejut kepada cuaca panas yang ekstrim boleh melecurkan dan mematikan pokok berkenaan secara tiba-tiba.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...