Rabu, 18 Disember 2019

ANAK SUKA BERCAKAP

Kredit to Prof. Madya Dr. Bustam Kamri



"
Anak saya kini berusia 4 tahun dan dia memang suak bercakap, Tetapi kadang kala, saya lihat dia bercakap seorang diri. Bolehkah Prof memberikan nasihat dan panduan cara yang betul untuk saya lebih memahami situasi ini.
"




 Semasa kanak-kanak tatih berusia 10-14 bulan perkataan pertama biasa disebut ialah kata nama. Kanak-kanak peringkat ini tidak menyebut kata kerja. Antara 12-18 bulan kanak-kanak tatih ini suka melihat sesuatu (atau orang), menunjuk dan kemudian menyebut satu atau dua perkataan. Kesalahan sebutan merupakan suatu kebiasaan. Dianggarkan kanak-kanak di peringkat ini menyebut dua perkataan seminggu. Perbendaharaan kata kanak-kanak tatih semakin meningkat usia apabila berusia 18-24 bulan sebanyak 200 perkataan. Terdapat kanak-kanak tatih pada peringkat usia 18bulan-24 bulan yang berterusan bertanya "apa itu?' atau cuma menyebut "tu?' kanak-kanak ini mahukan nama objek. Terdapat orang dewasa atau ibu-bapa yang merasa bosan untuk menjawab pertanyaan yang sama berulang kali.

  Pada peringkat usia dua tahun hingga tugas tahun kanak-kanak sudah menguasai lebih kurang 500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan supaya jangan bosan kerana kanak-kanak peringkat ini sepanjang masa akan menyoal, " kenapa?' Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.

  Kanak-kanak yang berusia tiga tahun hingga empat tahun pula sudah mempunyai perbendaharaan kata sebanyak 800 perkataan. Kanak-kanak ini mula menggunakan perkatan "tidak" atau "tidak boleh" begitu juga kata arah atau kedudukan sesuatu benda seperti "atas" ataupun "dalam". Menjelaskan tentang masa "siang" atau"malam". Apabila berusia empat tahun hingga lima tahun kanak-kanak dianggarkan sudah mempunyai 1500 perkataan. Pada masa ini kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan jelas dan berupaya membina ayat menggunakan lima dan enam perkataan. Malah mereka boleh membuat cerita.

  Pada masa ini orang dewasa hendaklah berhati-hati tentang kesahihan cerita yang direka oleh kanak-kanak ini. Namun terus galakkkan kanak-kanak ini berkomunikasi dan membetulkan cerita jika tidak sesuai. Semasa kanak-kanak berumur lima hingga tujuh tahun telah menguasai lebih kurang 11,000 perkataan. Kanak-kanak pada usia ini sudah boleh menceritakan semula dan berbincang cerita yang mereka dengar, mereka mempunyai banyak perkataan dan terus meningkat sehingga boleh mengetahui lebih daripada 50, 000 perkataan seperti orang dewasa.


Orang dewasa hendaklah menggalakkan kanak-kanak bercakap

 Orang dewasa hendaklah menggalakkan kanak-kanak bercakap. Menerusi percakapan kanak-kanak menyalurkan pemikirannya. Bermakna apabila kanak-kanak bercakap itulah yang difikirkannya. Kanak-kanak tidak dapat memberi penerangan atau memperjelaskan pemikirannya sebagaimana orang dewasa. Oleh itu, meggalakkan kanak-kanak meneruskan perbincangan dengan rakan semasa di taska atau tadika dapat memperkembangkan perkara yang difikirkannya.

  
  Sekiranya kanak-kanak sedang berbincang terus diberi galakan. Suasana perbincangan sesama kanak-kanak dapat menjana pemikiran kreatif dan keyakinan diri. Sebaliknya menyuruh kanak-kanak duduk diam dan menghalang kanak-kanak berbual atau berbincang kerana dianggap membuat bising akan menjadikan kanak-kanak pasif dan kurang keyakinan diri.

  Kita perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak yang bersesuaian. Kesesuaian mengikut individu berdasarkan setiap kanak-kanak mempunyai keunikan dari segi corak dan masa pertumbuhannya, personaliti, gaya pembelajaran, dan latar keluarga. Pembelajaran kanak-kanak adalah hasil interaksi antara pemikiran kanak-kanak dan pengalaman dengan peralatan, idea dan manusia. Pengalaman mestilah berpadanan dengan keupayaan perkembangan kanak-kanak, mencabar minat dan kefahaman kanak-kanak. 


 Jika kanak-kanak itu membuat pertanyaan jika atau kalau? Anda harus memberikan jawapan yang betul. Ia dapat membantu kanak-kanak memikirkan keputusan atau hasil sesuatu perkara terhadap kesan dan akibat perubahan berlaku. Kemukakan soalan yang diberikan masa kanak-kanak untuk meneka hasilnya sebelum sesuatu perkara dilakukan.

  Namun ada kanak-kanak yang suka bercakap sendirian. Kanak-kanak semasa di peringkat tadika mula menggunakan percakapan untuk berkomunikasi dengan orang lain tetapi juga untuk dirinya sendiri. Apabila kanak-kanak menggunakan perkataan sendiri mereka akan bercakap kuat. tetapi kebanyakan pertuturan bukan ditujukan kepada sesiapa hanya pada dirinya sahaja.

 Perkataan sendirian sebagai langkah pertuturan ke arah sosial ke arah dalaman dan akhirnya ke pemikrian verbal. Pertuturan persendirian bukanlah sebagai tanda kurang matang tetapi tanda perkembangan kognitif. Sebab itu, kadang kala anda akan melihat dia bercakap sendirian. Usah risau perkembangan ini. Anak anda sedang belajar untuk berkomunikasi pada awal usia perkembangannya.


TIPS ANAK CERGAS
Melompat, memanjat, berlari, mengayuh basikal dan bermain bola. Biarkan dia bermain! Namun pastikan ia dilakukan dengan pengawasan anda. Jangan terlalu dedahkan anak dengan gajet moden yang menyebabkan dia duduk dua hingga tiga jam hanya bermain internet. Bawa anak ke taman permainan untuk dia melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Dengan itu meransang minda yang cerdas dan fizikal yang cergas.


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...