Sabtu, 21 Disember 2019

PETUA KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Related image

BANYAKKKAN BERSABAR
   Kita memang tak boleh lari daripada bersabar. Ada orang kata ," Alamak, asyik-asyik cakap pasal sabar, tak ada pesan yang lainkah?'' Sebenarnya, lebih 33 kali Allah menyebut tentang sabar dalam al-quran. Oleh sebab itu, sudah pastu kita tidak boleh lari daripada bercakap mengenai sabar. 
  Sabar menjadi syarat turunnya pertolongan Allah kepada manusia. Kerana itu, selama mana Allah belum melihat ada nilai sabar pada diri seseorang, barangkali Allah melihat belum sampai lagi tingkatan sabar pada dirinya, maka pertolongan kepada dia ditunda, Insya-Allah jika kita sabar maka turunlah penyelesaian.


ISTIQAMAH BAIKI DIRI

   Soal saling membaiki orang lain dan soal orang berubah kepada kebaikan adalah soal hidayah. Maka jika soal hidayah bukan kita yang dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang Allah boleh jadikan asbab isteri yang sabar, juga suami yang istiqamah sebagai musabab untuk Allah memberikan hidayah-Nya kepada pasangan.
   Tidak semestinya suami perlu nasihatkan isteri 10-40 kali sehari misalnya, dan tidak semestinya juga dengan melihat, " oh, sabarnya dia," Oh istiqamahnya dia". Lalu menganggap itu semua menjadi sebab turunnya pertolingan daripada Allah. Mulakan dengan diri kita dahulu


MELAYANI PASANGAN DENGAN BAIK

  Walaupun kita nampak suatu perkara yang menyakitkan hati tentang pasangan dan satu sudut, tetapi kita boleh belajar daripada al-Quran yang menyebut, maksudnya " Barangkali kamu membenci sesuatu perkara, tetapi Allah menjadikan perkara yang kamu tidak suka padanya ada kebaikan yang banyak'.(Surah Al-Nisa 4:19)
  Dalam erti kata lain, jika kita tidak suka satu perkara, sebenarnya ada lagi 10 perkara yang suami isteri kita lakukan. Oleh itu, jangan disebabkan satu perkara atau 10 perkara kita tidak suka, kita mengabaikan tanggungjawab. Jangan kita mendidik dan mendakwah orang lain hingga terlupa dan mengabaikan tanggungjawab kita.


MENEGUR DAN MEMUJUK DENGAN HIKMAH

   Suami yang melihat isterinya liat melakukan perkara agama misalnya, saya kira kita bukan lagi dalam dalam bentuk mengarah isteri untuk pergi kuliah, dengar ceramah, begitu dan begini, Tetapi saya rasa perlu dibuat satu perbincangan yang menampakkan perkara tersebut adalah perkara yang besar, yang datang daripada kasih sayang melalui pandangan mata yang sangat berharap isteri akan faham.
   Adakan satu perbincangan dan perjanjian sama ada secara lansungm bertulis atau tidak bertulis yang kita sama-sama ingin tingkatkan ilmu agama, sama-sama ingin menjadi suami atau isteri yang boleh memberikan satu layanan kasih sayang yang terbaik kepada pasangan.
  Walaubagaimanapunm rumah tangga adalah seni memujuk dan mengajak. Suami misalanya tidak boleh sewenang-wenangnya mengguna pakai hukum" Awak wajib ikut arahan saya, kalau tidak awak dikira nusyuz".


MEMINTA BANTUAN PIHAK KETIGA

Saya tidak menolak satu keadaan bahawa barangkali Allah sangat sayang kepada suami yang diuji dengan isteri yang banyak mendatangkan masalah, Allah uji untuk melihat suami menjadi seorang yang sabar, dibangkitkan esok dalam golongan yang sabar. Lalu ujian datang daripada isteri yang menyakitkan hati, walaupun suami sudah melakukan banyak ikhtiar tetapi keadaan isteri tetap sama.
  Maka, kita ambillah jalan akhir, iaitu hal ini berlaku disebabkan ujian, namun dalam masa yang sama kita teruskan ikhtiar. Dalam kes yang melibatkan suami isteri apabila kita ada anak-anak yang dewasa dan telah matang maka anak-anak boleh memainkan peranan untuk memberi nasihat sama ada bagi pihak ibu atau bapa


BERDOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

  Suami isteri perlu lebih banyak berdoa untuk pasangan supaya hatinnya menjadi lembut. Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan keperluan sentuhan dalam rumah tangga. Jika kita jarang membelai pasangan, jarang sentuh atau riba dia, maka perkara ini menjadikan kita semakin kaku dan jiwa semakin keras
   Kalau perkara ini sudah berlarutan 10 hingga 20 tahun bermakna kita makan hasil daripada kelalaian kita sendiri. Teruslah berdoa dan yakin bahawa tawakal kepada Allah tidak sia-sia.
  
DENGAN PETUA INI AKAN SAMPAI SUATU MASA NANTI KITA MELIHAT RUMAH TANGGA YANG BENAR-BENAR MENCERIAKN, PENUH MAWADDAH DAN RAHMAT. INSYA-ALLAH.






















kredit to Ustzah Norhafizah Musa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...