Sabtu, 21 Disember 2019

7 CERITA MANGSA PEMBUNUHAN YANG MENYELESAIKAN KES MEREKA SENDIRI

Sudah menjadi rahsia umum bahawa tak semua kes pembunuhan menemukan noktah terang yang berakhir pada penangkapan pelaku  yang akhirnya mendapat hukuman dan balasan atas perbuatannya. Pada beberapa kes, jangankan menangkap pelaku, malah mengungkap dalang di sebalik pembunuhan saja tidak berjaya dilakukan kerana kurang bahan bukti dan saksi.

Para pembunuh biasanya akan berusaha berbagai cara untuk menghilangkan barang bukti sampai menyembunyikan jasad mangsanya. Itulah mengapa biasanya pihak polis tidak berhasil mengungkap beberapa kes pembunuhan.

Disini ada beberapa kisah yang terjadi di dunia di mana para mangsa pembunuhan menyelesaikan kes mereka sendiri. Beberapa perantara orang lain dengan merasukinya dan beberapa menampakkan diri di hadapan kerabat terdekat dengan lansung menunjukkan siapa pelakunya. Berikut ini adalah 7 cerita para mangsa yang menyelesaikan kesnya sendiri.

1. Posting Terakhir Simon Ng


Mungkin tak pernah terlintas dalam benak seorang blogger bernama Simon Ng  bahawa posting terkahir di blognya yang akan diterbitkan beberapa saat sebelum pembunuhan terhadap dirinya terjadi akan menjadi barang bukti sekaligus petunjuk bagi polis menemukan si pelaku.

Sharon Ng, adik Simon memiliki bekas kekasih bernama Jin Lin yang datang ke apartmen mereka dan meminta tiang pancingnya kembali. Simon kemudian menuliskan apa yang terjadi di blog peribadinya. Saat dia mempostkan tulisannya, Jin Lin masih berada di apartmen mereka.

Dalam blognya, Simon menuliskan : "He's already in the house. He still here right now, smoking, and walking around the house". Menurut Simon, lelaki itu merokok dan mundar mandir dengan memakai kasut di seluruh ruangan. Padahal menurut Simon, ia baru saja membersihkan lantainya.

Hanya beberapa minit setelah memposting tulisannya, Lin menikam Simon berkali-kali di dadanya. Dia lalu mengeledah apartemen tersebut dan mengambil beberapa barang. Tak lama kemudian Sharon datang. Dia terkejut mendapati keadaan apartmen yang sangat berselerakan. Saat dia mencari kakaknya, Lin kemudian menikam wanita itu dengan ganas.

Kedua beradik itu tewas tetapi polos berhasil menangkap Jin Lin berkat postingan terakhir Simon. Jin Lin dihukum penjara seumur hidup.

2.Catherine Ballesteros yang Membisikkan Nama Pembunuhnya Pada Ibunya.

Jasad Catherine ditemukan dengan banyak luka tikaman, dia telah ditusuk sehingga 33 kali. Ada jejak kaki berdarah di lantai dan juga gagang pintu. Polis juga mendapati beberapa barang milik Catherine menghilang. Setelah pemeriksaan didapati darah lain di tempat kejadian jenayah yang diduga milik pelaku.

Tapi polis tidak sempat melakukan test DNA, kerana hantu Catherine membisikkan nama" Baba" di telinga ibunya, Emer. Saat orang tuanya datang ke kamar untuk memeriksa jasas putrinya tersebut.

Rupanya di linkungan rumah Cahterine memang ada seorang lelaki yang bernama Baba dan ia adalah seorang pencuri tegar. Ryan "Baba" Viscarra, nama lelaki yang kemudian ditangkap dan cap jari serta darah yang ditemukan di tempat kejadian jenayah sesuai.

3. Arwah Teresita Basa Memasuki Remy Chua Untuk Mengungkap Pembunuhnya.


Pada tanggal 21 Februari 1977 terjadi sebuah kebakaran di sebuah gedung apartmen di Chicago. Pemadam kebakaran memang berhasil memadamkan api, tapi mereka menemukan sesosok mayat di bawah tilam yang hangus.

Mayat itu adalah Teresita Basa,47 tahun, seorang pakar terapi. Pada mayat tersebut ditemukan beberapa luka tusukan di bahagian dada. Tapi polis tidak dapat mengesan siapa pelaku pembunuhan tersebut. Sementara itu, hantu Teresita memasuki tubuh isteri salah satu petugas pemadam bernama Remy Chua. Melalui tubuh Remy, Teresita menceritakan bahawa dia dibunuh oleh seorang lelaki bernama Allan Showery. Bukan hanya membunuhnya, Showery juga mengambil perhiasannya. Polis kemudian berhasil menangkap Allan Showery setelah menemukan perhiasan milik Teresita berada di tangan kekasih Showery.

4. Hantu Zona Esther Shue Mendatangi Ibunya.


Pada musim dingin tahun 1897, Elva "Zona" Esther Shue di Greenbier County, Virginia Barat meninggal dunia, kematian tersebut kemalangan. Ibunya yang bernama Mary Jane Heaster tak percaya begitu saja pada kesimpulan yang tak masuk akal tersebut.

Hantu Zona kemudian mendatangi ibunya sampai 4 kali dan mengatakan bahawa kematian bukanlah kerana kemalangan, melainkan dibunuh. Orang yang bertanggung jawab atas kematiannya tak lain adalah suaminya sendiri, Edward Stribbing Trout Shue.

Hantu Zona menunjukkan kepadanya diputar dan lehernya patah di hadapan sang ibu. Setelah autopsi dilakukan oleh paramedik profesional, diketahui bahawa leher wanita itu patah. Edward dinyatakn bersalah atas pembunuhan terhadap Zona dan dihukump penjara. Lelaki itu hanya dipenjara selama 3 tahun sebelum akhirnya meninggal kerana penyakit misteri semasa berada di penjara.

5. Amarjit Chohan Meninggalkan Jejak Pembunuhnya dalam Sarung Kakinya

Amarjit Chohan bersama isteri, anak dan juga ibu mertuanya dibunuh pada tahun 2003. Untuk menyembunyi kan bukti pembunuhnya, sang pelaku membuang mayat mangsa ke laut. Tapi ada yang tak disedari oleh pelaku. Chohan telah mengambil alamatnya sebelum tewas.

Nampaknya, Chohan menemukan secarik surat saat dirinya dibawa pelaku di rumah salah satu pelakunya, Kenneth Regan. Chohan mengambil carikan tersebut dan meletakkannya di sarung kakiknya.

Saat jasad Chohan ditemukan, carikan berisi alamat Regan ditemukan di dalam sarung kaki Chohan. Chohan meninggalkan semua informasi yang diperlukan oleh polis untuk menyiasat rumah Kenneth Reagan. Regan akhirnya ditangkap bersama dua rakan jenayahnya yang lain iaitu Bill Horncy dan Peter Rees.

6. Hantu Fred Fisher Menunjukkan di Mana Jasadnya Dikuburkan

Pada tahun 1826, seorang petani Australia bernama Frederick Fisher menghilang. George Worral, jirannya mengatakan ada sesuatu yang pelik saat ia tiba-tiba ingat bahawa temannya Fred tersebut telah menandakan seluruh kawasan perkebunan sebelum meninggalkan kota itu.Empat bulan berlalu samapai akhirnya kemunculan hantu Fred Fisher mengakhiri semua kebohongan untuk menutup fakta kematiannya.

Hantu Fred muncul di suatu hari di hadapan seorang lelaki bernama John Farley. Hantu Fred tersebut menunjuk ke arah lokasi dekat sungai kecil sebelum akhirnya menghilang. Tentu saja, penampakan itu menakutkan Farley, namun lelaki itu kemudian mencuba mencari tahu kebenarannya.

Jasad Fred kemudian ditemukan terkubur dalam sebuah galian yang tak begitu dalam. Lokasinya persis seperti yang ditunjukkan hantu Fred. Jasadnya telah membusuk dengan sisa darah. Berkat penemuan ini, George Worral akhirnya mengakui bahawa dirinya lah yang telah membunuh Fred.

7. Hantu Ashley Howley Mendatangi psikik

Ashley Howley baru berusia 20 tahun saat kekasihnya psikopat membunuhnya dan menyembunyikan jasadnya denagn menyemennya dean menguburkan dekat rumah ayahnya. Polis kemudain mencurigai Robert P.MacMichael terlibat dalam pembunuhan ini kerana lelaki itu tiba-tiba menghilang. Anjing pengesan dan beberapa team pencarian telah dikerahkan namun hasilnya lansung tiada.

Arwah Howley mengunjungi seorang psikik sebagai perantara iaitu Kristy Robinett saat wanita itu tidur dan memberinya detail yang mengerikan tentang pembunuhan Howley, termasuk di mana jasad Howley berada. MacMichael kemudian mengakui perbuatannya setelah jasad Howley ditemukan. Rupanya kekasihnya yang psikopat itu juga membunuh ibunya dan juga kekasihnya yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...