Mewujudkan suasana keluarga harmoni merupakan satu teras penting dalam institusi keluarga bahkan dengan rasa ketakwaan dapat mendidik diri dengan rasa takut kepada Allah, beramal dengan kebaikan, redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan dan membuat persediaan bagi menuju kepada Allah dengan amal soleh. Dengan ini kita tidak terpedaya dengan tipu helah dunia yang boleh menarik ke arah jalan kehancuran rumah tangga.
Disini disertakan 10 perkara yang patut dijauhi wanita dan isteri solehah:
Mencari-cari alasan untuk minta cerai
Perkahwinan adalah hubungan yang suci, berdiri di atas makna ruh dan perasaan mulia. Ikatan perkahwinan harus dipertahankan dengan teguh, kecuali Allah menghendaki sesuatu yang harus terjadi
Rasulullah bersabda "tiap isteri yang meminta cerai kepada suaminya dengan alasan yang dapat dibenarkan, maka haram atasnya bau syurga" Keduany punya hak dan kewajipan. Selagi kedua pihak mahu memperhatikan nasihat yang digariskan oleh agama tentu keduanya tidak terjadi punca perceraian.
Bercampur dengan kaum lelaki
Masalah pergaulan bebas antara lelaki dengan kaum wanita yang melanda umat islam pada saat ini kerana pengaruh dari budaya orang-orang Eropah. Mereka memberikan kebebasan untuk berbuat apa saja sehingga keluar waktu malam dan bercampur di mana saja
Rasullullah bersabda " Ketahuilah, jangan sekali-kali seorang lelaki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali jika dia hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya".
Wasiat nabi ini bagi memastikakn keagungan dan nilai tinggi kedudukan seorang wanita dan memastikan bahaya bagi lelaki bercampur wanita
Jauhi perasaan buruk sangka
Rasulullah SAW mengecam dengan kerasnya bagi kaum Muslimin yang berburuk sangka kepada sesama manusia
"Awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah perkataan yang paling bohong"
Rasullulah mengarahkan kita supaya memandang perbuatan lahir manusia sahaja tanpa menggantungkan diri kepada prasangka.
Hindari perasaan marah
Wahai muslimah, alangkah agungnya peribadi Rasulullah yang sentiasa menanamkan sifat pengampun dan pemaaf dalam jiwa kita.
Dari Aisya ra berkata " Tidak pernah Rasullullah SAW memukul sesuatu dengan tangannya, samada perempuan atau khadam kecuali dalam peperangan pada jalan Allah dan tidak pernah membalas satu perbuatan salah sahabat baginda terhadap dirinya dengan perbuatan salah yang sebanding dengan perbuatannya(dimaafkan dan diampunkan) kecuali dilanggar apa-apa yang diharamkan Allah, barulah baginda membalas kerana Allah SWT."
Sifat marah mampu menjerumuskan manusia kedalam kejahatan dan boleh membawa kepada keruntuhan hubungan, institusi dan keluarga.
Jangan menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suamimu
Betapa banyak yang kita dengar seorang wanita diceraikan suaminya lalu suaminay menikah dengan temannya sendiri atau tenagga atau wanita yang dekat dengan isterinya, padahal pada mulanya suami tidak mengetahui berita kecuali dari isterinya
Rasulullah SAW " Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu dia menceritakan sifat-sifat wanita lain itu kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya dapat melihatnya."
Hal ini dilihat remeh namun tanpa disedari sebenarnya kita membawa masuk anasir luar ke dalam rumah tangga kita dan menyebabkan suami kita terpengaruh dan lebih memperhatikan orang lain berbanding isteri sendiri
Merendahkan pemberian suami
Bersyukurlah dengan segala pemberian suami kerana dengan itulah mengalir rezeki yang lain kepada suamimu
Rasulullah SAW bersabda "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah akau mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya"
Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
Menjauhi sifat pendendam
Rasulullah SAW " Ada tiga perkara yang akan aku beritahukan kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu sifat ini, maka Allah akan mengampuni dosanya iaitu:pertama, orang yang mati tidak menyekutukan Allahkedua, orang yang mati yang tidak pernah menjadi tukang sihirketiga orang yang tidak pernah dendam terhadap saudara-saudaranya"
Jangan biarkan kemungkaran
Sesungguhnya setiap nasihat atau teguran perlu diteliti dan dihalusi, orang yang menegur mestilah dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan marah dan emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana semua itu tidak akan menyelesaikan mestilah, akan tetapi sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan .
Rasulullah SAW " barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannya, Kalau tidak sanggup makan hendaklah menegurnya dengan mulutnya. Jika dengan cara ini juga masih tidak sanggup, maka hendaklah dengan hatinya. Yang terakhir adalah usaha yang paling lemah dengan iman"
Tamak
Penyakit tamak ini adalah sifat ingin menguasai datu mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama lain sifat tamak ini ialah loba atau serakah. Sifat tamak tidak akb bertahan lama dan pada tingkat terakhir pasti mengalami kejatuhan
Bermuka dua
Maka, sudah sewajibnya, seorang beriman dapat menyatukan juga antara iman dan amal, tidak bertolak belakang, apalagi berlawanan arah. Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang bermuka dua.
Rasulullah SAW "Engkau akan menemui seburuk-buruk manusia di sisi Allah nanti pada hari kiamat, iaitu orang yang bermuka dua. Orang yang datang kepada satu golongan dengan wajah,dan datang kepada golongan lain dengan wajah yang lain pula."
Dengan kata mutiara lain pula disebutkan "kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata peliharalah lidah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan