Selasa, 17 Disember 2019

TIPS PENJAGAAN TANAMAN LANDSKAP

KAWALAN SIPUT
Image result for snail on flower
sekadar gambar hiasan

Makhluk ini sangat suka memakan daun atau bahagian tanaman yang mempunyai banyak air, berlendir dan sesuai dengan selera mereka. Oleh itu, pokok seperti kelawar, bbawang dan sekulen seperti pokok kaktus yang tidak berduri memang menjadi kesukaan makhluk ini. Kaedah rawatan penggunaan garam, racun khas, bunuh begitu sahaja atau menggunakan cuka atau alkohol.

Langkah kawalan atau pencegahan ialah dengan membersihkan kawasan sekitar rumah anda supaya tiada tempat atau kawasan yang terlindung, gelap, sejuk dan lembap yang membenarkan  ia menjadi sarang atau tempat berlindung makhluk perosak ini. Jika terdapat sarangnya, musnahkan semua telur dan anak-anaknya yang begitu banyak bilangannya

Ini adalah langkah yang praktikal untuk mengawal atau menghapuskan siput dan sepah bulan yang banyak dalam tanaman kita. Makhluk perosak ini biasanya akan menyorok pada siang hari kerana cuaca yang panas tetapi keluar menyerang tanaman pada waktu malam terutama selepas hujan.

MENGEKALKAN KELEMBAPAN TANAMAN PASU

Related image
banyak betul sumbu dipasang.hehe

Tanaman memerlukan penjagaan rapi terutamanya dari segi penyiraman air. Oleh itu, perancangan dan persediaan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan tanaman berkenaan kering dan mati terutama semasa ketiadaan anda di rumah seperti bercuti dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah untuk melaksankannya.

1)Kumpulkan pokok dalam kumpulan dapat mengekalkan kesuburan kerana masing-masing mengeluarkan wap serta boleh mengekalkan keadaan yang sejuk dan nyaman

2) untuk memastikan tanaman mendapat air siraman yg diperlukan semasa kita tiada ialah dengan kaedah serapan air melalui sumbu. air boleh menyerap dengan mudah seperti tali rami, pelita myk tanah dan tali pengikat kasut, kapas perca dan sebagainya.

3) Tanaman boleh diletakkan di atas hamparan yang mudah serap air seperti tuala lama yang diletkakkan di tepi takungan air seperti sinki.letakkan ubat jentik2 dlm takungan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

4) Pastikan tanaman diletakkan di tempat yang teduh atau jaring hitam supaya tanaman kekal subur sentiasa dan tidak mudah kekeringan


SISTEM PENGAIRAN YANG BAIK

Satu lagi kaedah mudah ringkas bagi menjamin tanaman tidak layu dan kering semasa ketiadaan kita ilah dengan mencipta 'self watering system' yang sesuai untuk tanaman hiasan di dalam pasu. Apa yang istimewanya sistem ini ialah ia dapat membekalkan air apabila ia diperlukan oleh pokok hiasan.
Image result for self watering system diy'
Sistem pengairan sendiri
 Untuk mencipta sistem pengairan sendiri anda hanya perlukan bekas takungan air seperti plastik dan pisau, benang atau tali rami dan planter. boleh rujuk gambar diatas. Dengan cara begini anda tidak perlu menyiram air selalu maka boleh la anda menjimatkan tenaga dan air malah pokok anda sentiasa subur.


KEPERLUAN SUNGKUPAN PADA TANAMAN LANDSKAP

Memberi sungkupan bermakna menutupi medium tanaman dengan bahan sungkupan bagi mengelakkan terkena bahang matahari supaya medium tanaman tidak menjadi keras. Jika ini terjadi, ia akan menghalang air meresap masuk kedalam medium tanaman dan pada masa yang sama menyukarkan pertumbuhan akar dan akhirnya menjejaskan pertumbuhan pokok
Image result for mulch type
Serat kelapa, serbuk kayu,sekam padi antara yang selalu digunakan



Image result for mulch STONE
sungkupan menggunakan batu kasar
Terdiri daripada bunga kelapa sawit, surat khbr yg dipotong kecil, serbuk kayu, pasir sungai kasar atau batu yang berwarna warni, hampas atau bahan buangan kilang


Image result for mulch before after
Sebelum dan selepas sungkupan

Banyak faedah yang boleh diperolehi jika membuat sungkupan antaranya ialah :

a) Mengelakkan baja jenis bijian yang ditabur mudah terpercik keluar dari pasu atau permukaan medium tanaman ketika penyiraman dilakukan terutama jika guna hos paip

b) Menyejukkan medium tanaman bagi mengelakkan pertumbuhan banyak akar pokok

c) Mengelakkan medium tanaman menjadi terlalu padat disebabkan siraman air atau hujan lebat

d) Menghalang pertumbuhan rumpai

e) Membekalkan baja organik kepada pokok

f) Mencantikkan permukaan medium tanaman pasu bunga


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...