
Tanah memainkan peranan penting dalam menghasilkan tanaman anda menjadi subur dan segar. Kenal pasti jenis tanah di halaman rumah bagi memudahkan aktiviti perkebunan anda. Begitu juga jika anda gemarkan pokok hiasan yang ditanam di dalam pasu, jenis tanah yang tepat atau sesuai penting bagi memastikan pokok hiasan pilihan anda hidup subur dan menghasilkan kuntuman bunga-bunga yang mekar dan berbau harum
Antara tanah yang sesuai digunakan untuk aktiviti perkebunan adalah :
Tanah Bakar

Turut terkenal sebagai tanah hitam ataupun tanah baja. Selalunya selain dibakar, tanah jenis ini turut dicampurkan dengan najis kelawar. Berfungsi untuk memperbaiki pertumbuhan akar atau dipanggil sebagai penyegar. Jika tanah terlalu berpasir, bolehlah dicampurkan dengan tanah jenis ini agar membantu menggalakkan pertumbuhan pucuk akar.
Tanah Pasir

Jenis tanah ini dikategorikan sebagai salah satu daripada tanah yang bermasalah kerana ciri-ciri fizikal dan kimia tanah ini membuatkan ia tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman.
Tekstur bagi tanah ini adalah berpasir dan mempunyai daya pegangan air yang rendah. Jadi ia mudah untuk kehilangan air. Selain itu, nutrien yang terkandung di dalamnya juga rendah menyebabkan tanaman sukar untuk subur.
Tetapi juga ia masih berpotensi untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Anda boleh meletakkan sungkupan dengan menggunakan sabut kelapa atau spaghumm moss bagi mengelakkan berlakunya kehilangan air dan meningkatkan kandungan bahan organik dalam tanah.
Tanah Merah

Selalunya tanah jenis ini dijadikan top soil atau jenis tanah yang ditempatkan pada lapisan atas. Ia memberi satu struktur baru kepada tanaman yang ditanam. Paling penting, perlu digemburkan dahulu tanah ini dan diletakkan di bahagian atas setebal 4 inci. Jenis tanah seperti ini mampu menyerap air untuk tanaman. Berfungsi untuk memperbaiki kualiti tanah.
Tanah Campuran

Tanah ini adalah daripada campuran serat iaitu sabut kelapa dan najis haiwan yang membantu dalam kesuburan tanaman. Sabut bukan sahaja berfungsi sebagai serat yang membekalkan zat kepada pokok tetapi juga mampu menyerap lembapan untuk mengekalkan air secukupnya kepada pokok. Tanah jenis ini juga dianggap berbaja yang menyuburkan tumbesaran pokok. Sangat sesuai digunakan untuk penanaman pokok hiasan dan sayuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan