Rabu, 18 Disember 2019

SENI TANAMAN IDAMAN



Taman indah menjadi idaman pencipta landskap

 Aktiviti seni tanam boleh menurunkan berat badan jika dilakukan setiap hari secara berterusan. Ia juga banyak digunakan dinegara maju sebagai terapi untuk golongan tua kurang upaya. Selain tiu, ia sering digunakan untuk menenangkan pesakit dan juga penghuni penjara supaya tidak merasa bosan tinggal di hospital atau penjara.

Persekitaran yang baik boleh membantu pesakit di hosptal

 Ini kerana aktiviti berseni taman ini boleh merangsang deria manusia iaitu bau, penglihatan, sentuhan dan pendengaran. Ransangan deria inilah yang digunakan dalam merangka program terapi untuk golongan ini. Mereka juga boleh berkomunikasi dengan dengan pokok tanaman mereka selaku teman untuk melepaskan perasaan cinta, kasih dan saying sepertimana yang dilakukan pada binatang peliharaan seperti ikan, kucing dan sebagainya.


Dari sudut lain pula pokok dikatakan boleh:


1) Mengurangkan pencemaran udara. Contohnya debu dan habuk di udara akan terperangkap dan terkumpul pada bahagian pokok seperti daun, bunga dan sebagainya lalu mengurangkan pencemaran pada udara dan persekitaran kita.


2) Mengurangkan bahan toksik dalam udara kerana pokok menggunakan karbon dioksida untuk membuat makanan dan mengeluarkan oksigen serta memberi kelembapan pada udara. Oleh itu, banyak oksigen yang boleh kita gunakan. Manakala kelembapan udara pula boleh menyejukkan persekitaran kita.




Pokok tiruan lebih mendapat perhatian

Kesedaran mengenai kelebihan dan kebaikan tumbuh-tumbuhan di negara kita agak kurang. Terdapat banyak kediaman, pejabat malah premis kesihatan seperti hospital dan klinik masih dihiasi dengan pokok tiruan. Kini sudah tiba masanya kita berikan perhatian mengenai perkara ini.


Mungkin kita perlu membuat kajian mengenai kesan tumbuh-tumbuhan pada persekitaran bagi memotivasikan orang ramai supaya menghiasi kediaman masing-masing dengan tanaman hiasan yang cantik dan menarik.

Berkonsepkan bali gazebo sebagai latar yang simbolik

 Bagi peminat seni taman pula, pasti mereka menginginkan sebuah taman atau laman yang cantik dan menarik di kediaman mereka ditumbuhi dengan pelbagai tanaman dan hiasan yang subur dan menarik. Ada yang sanggup berbelanja lebih untuk membina sebuah taman sama ada dibina sendiri atau mengupah pakar untuk merancang dan membina sebuah taman berlandskap yang diidamkan masing-masing. Namun kadangkala mereka tidak mengambil langkah untuk menjaga dan menyelenggaranya dengan baik. Akibatnya, pokok yang pada mulanya hidup begitu subur lama-kelamaan bertukar menjadi hidup segan mati tak mahu.huhu

 Tanaman hiasana merupakan satu elemen yang perlu ada dalam sebuah taman atau landskap yang ingin dibangunkan dan harus dijaga dengan baik. Ia berfungsi untuk melembutkan elemen kejur iaitu pasu pergola(struktur berupa junjung atau gerbang daripada kayu atau besi), gazebo (pondok kecil tanpa dinding) dan sebagainya supaya tidak kelihatan kaku, tidak bermaya dan kurang menarik. Namun jika kehadirannya memburukkan lagi suasana, maka ia sebenarnya gagal memainkan peranan dalam sesebuah taman

Taman yang cantik memerlukan penjagaan dan proses penanaman yang baik

Pemilihan penanaman dan penjagaan tanaman hiasan yang betul adalah langkah permulaan untuk melahirkan sebuah taman yang cantik dan menarik. Oleh itu saya ingin berkongsi proses penanaman dan penjagaan tanaman hiasan yang terpilih ini dengan pembaca agar kekal subur dan sihat sentiasa supaya dapat membentuk taman yang kekal cantik dan menarik berkekalan












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...