Pemandangan indah di Pulau Perhentian |
Bagi korang yang baru nak start merancang nak ke pulau perhentian Cik ya nak cerita sedikit sebanyak tentang pulau ni. pulau perhentian terdiri daripada pulau perhentian kecil dan pulau perhentian besar. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan yang sangat memukau mata memandang dengan air laut yang jernih seperti kristal n pantainya yang bersih menjadikannya tempat pelancongan yang digemari terutamanya backpacker dari serata dunia.
Untuk pengetahuan kat pulau besar xde kenderaan darat seperti kereta, bas dll sebab memang xde jalan raya kt sini. That why ia terpelihara dari pencemaran asap namun kt Pulau perhentian kecil terdapat penduduk tempatan yang menggunakan motor di sekitar penempatan mereka. Kebanyakan daripada mereka menggunakan boat atau dikenali sbgai taxi yang dijadikan sebagai pengangkutan utama. Tidak hairanlah kenapa penduduk tempatan banyak bekerja sebagai boat man di pulau perhentian.
Sudahkah anda bersedia untuk travel |
Disini Cik Ya sediakan tips macamana nak save bajet :
Percutian balik hari
Untuk korang yang nak save bajet boleh pergi by hari iaitu dari pkul 10- 4ptg. Bajet last xsilap around RM100 yang mana dengan harga tu korang dapat tiket boat pergi balik, makan tengahari dan snorkeling kat beberapa tempat menarik. For your info marine park ticket korang kena bayar sendiri masa kt jeti. Ada pengawal jaga kt situ nanti korang kena bayar rasanya dalam rm5 kot utk masuk ke jeti.
snorkeling atau scuba so heaven |
Boleh pandang langit puas2 n dance kaho na pyar rehe |
Bawa Khemah
If korang xnak stay kt resort,chalet or hotel korang boleh bawak khemah sebab sewa tapak pun murah je. Tak silap kat teluk keke, situ ada tempat best camping n untuk uolls snorkeling. Tetapi yang xbestnya pulau ni tempat yang dikelilingi air, so udara persekitaran agak sejuk serta angin kuat. Nanti bergoyang khemah korang Cik ya xtanggung.hehe
salah satu resort mohsin chalet yang terletak atas bukit |
Bilik Kipas atau Hilltop
Kalu nak bermalam dekat mana2 resort ada penginapan harga murah around RM50-RM100 untuk bilik kipas atau stay kt hilltop (Atas bukit). Janji ada bilik, lain lah kalo korang memang bercuti untuk lebih keselesaan better ambik bilik dengan harga yang berbaloi. Tapi korang make sure skali masa book bilik malam ada x elektrik sebab ada resort akan totally off their engine. Kebanyakan mat salleh ambik je bilik macam ni sebab dorang nak stay lama kt pulau.
Antara pakej murah yang ditawarkan |
Pakej Murah
If korang pandai cari boleh jer dapat bilik murah by walk in sebab kebanyakan resort akan save 1 bilik maybe utk emergency case kot. Pakej murah utk satu pasangan rm300- rm350 termasuk penginapan 3hari 2 malam, tiket pergi balik brekpes dan snorkeling 2x.Minta je diskaun masa book utk save bajet. Korang nak tiket murah pergi ke tempat jeti counting dengan abg boat, insya Allah dapat la harga murah.
Tu saja Cik Ya nak kongsi, nanti ada masa cik ya bagitau korang aktiviti apa yang boleh korang lakukan semasa di pulau perhentian. Cik ya ni xde la pengalaman sangat tapi boleh la sekadar berkongsi sebab cik ya pernah bekerja di pulau perhentian dan jeti k.besut suatu ketika dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan