Selasa, 24 Disember 2019

LOST WORL OF TAMBUN


Image result for tambun lost world
    
Bagi yang berminat untuk menikmati percutian bersama keluarga di Lost World Of Tambun (LWOT) merupakan salah satu pilihan terbaik untuk anda sekeluarga kerana disini terdapat banyak aktiviti dan permainan yang menarik dan menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. LWOT merupakan taman tema terbesar di Semenanjung Utara Malaysia yang terletak berdekatan bandar Ipoh, Perak.


HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI

Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.
  • Harga tiket dewasa - RM56.
  • Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi - RM49.
  • Harga tiket Warga Emas - RM49.
  • Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - percuma.

Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:
  • Lost World Amusement Park.
  • Lost World Water Park.
  • Lost World Tiger Valley.
  • Lost World Petting Zoo.
  • Lost World Tin Valley.
  • Lost World Adventure Park
Waktu operasi
  • Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat - 11 am hingga 6 pm.
  • Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 10 am hingga 6 pm.
  • Ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

AKTIVITI DAN PERMAINAN

 LWOT ini ada lebih 64 tarikan dengan 10 taman tema dengan 109 spesis dipamerkan. Wah memang berbaloi jika ada memilih untuk bercuti di sini. Malah kawasan ini juga lebih friendly dan persekitaran yang lebih semulajadi berbanding taman tema lain. Jom kita semak apa aktiviti yang korang boleh lakukan di sini:

LOST WORLD WATER PARK
Water Park merupakan tarikan utama pengunjung untuk menikmatik permainan taman tema air. Banyak aktiviti yang disediakan untuk penggemar permainan air tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pasti seronok berada di sini. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah :

AMUSEMENT PARK
Selain permainan air di Water Park, tidak kurang dengan tarikan nya ialah Amusement Park .Dengan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan anda pasti ingin mencubanya. Antaranya ialah :

LOST WORLD ADVENTURE PARK
Dipenuhi dengan keseronokan yang untuk mengeluarkan keringat, ini adalah tempat yang sesuai untuk mana-mana syarikat untuk mendapatkan yang terbaik daripada orang-orang mereka. Mereka masing-masing akan belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan dan juga untuk memimpin. Semoga bersenang-senang lagi latihan kompetitif yang akan menggalakkan semangat pasukan!
Aktiviti yang mencabar mental dan fizikal anda


LOST WORLD PETTING ZOO
Taman binatang yang mempunyai lebih kurang 55 spesis binatang. Tidak seperti zoo biasa, di Lost World Petting Zoo, pengunjung boleh memberi makan dan bermain dengan binatang yang ada seperti arnab dan burung. Antara lain yang terdapat disini ialah:
  • Marmoset Tree House - Mempunyai marmoset iaitu monyet kecil seperti tupai yang berasal dari Amerika.
  • Tortoise Kingdom - Taman kura-kura yang cantik dengan sungai semulajadi yang mengalir ke kolam kura-kura.
  • Serpentarium - Taman ular.
  • Ruby and Friends - Menempatkan raccoon (binatang seperti musang berasal dari Amerika) yang sangat lembut dan comel.
  • Bird Paradise - Taman burung yang mempunyai 500 ekor burung dari 18 spesis.
  • Rabbit Wonderland - Tempat arnab disekitar sungai buatan.
  • Rain Forest Trail - Berjalan di dalam hutan.
  • Rock Canopy.
  • Related image
     Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta
     menyentuh sesetengah binatang yang jinak.

Keterangan gambar: Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta menyentuh sesetengah binatang yang jinak.
AKTIVITI LAIN

Related image
Aktiviti lain yang menarik dalam taman tema ini ialah Lost World Tiger Valley. Ia adalah kandang besar yang terdapat harimau didalamnya.
Didalam taman tema ini juga terdapat sebuah taman bijih timah yang di panggil Tin Valley. Tin valley adalah kawasan yang dibina dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah seperti mendulang bijih, gajah yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bijih dan lain-lain.
Selain itu, terdapat spa yang disediakan untuk pengunjung taman tema ini diwaktu malam. Lost World Hot Springs and Spa dibuka hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari 6.00pm-11.00pm. Tiket berharga RM24. Suhu air panas adalah sekitar 38-40 darjah selsius. Terdapat empat jenis kolam air panas iaitu:

Image result for last world of tambun HOT SPRING
  • Crystal pool.
  • Infinity pool.
  • Top of the world pool.
  • Saphira lair - Untuk kanak-kanak.
Spa.
  • Lost World Steam Cave
  • Foot Spa
  • Crystal Spa
Foot spa di Lost World of Tambun.
Foot spa pada waktu malam sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...