Gambar Hiasan |
Lima tahun menyulam cinta membuatkan aku mengambil
keputusan untuk mengahwini kekasihku, Chempaka. Perkahwinan yang dibina atas
dasar kasih saying malangnya bertahan selama setahun sahaja. Aku sendiri tidak menyangka
sama sekali perkahwinan akan berakhir dalam tempoh yang sangat singkat. Bak
kata saudara-mara, penat kenduri masih lagi terasa.Jauh di sudut hati aku masih lagi menyanyangi Chempaka, aku
tetap mahukan dia sebagai isteri tetapi sayangnya Chempaka tidak mampu mencipta
kebahagiaan padauk. Angan-angan sewaktu bercinta begitu jauh berbeza dengan
realiti rumah tangga.
Tanyalah pada mana-mana pasangan, pasti mereka akan
mengatakan bahawa hubungan kelamin penting dalam menjalani kehidupan rumah
tangga biarpun masih ada faktor lain. Walaupun lelaki telah berusia, mereka
tetap mahu dibelai dan dimanja isteri, inikan pula aku yang baru bergelar suami
pada usia yang muda.Bersama Chempaka aku tidak dapat apa yang aku hajatkan. Chempaka
kaku ketika di ranjang dan sering kali membiarkan aku sendirian. Aku bukan
seorang yang mementingkan diri tetapi sebagai lelaki aku berhak mendapat apa
yang sepatutnya menjadi milik aku.
Setelah sebulan perkahwinan, aku masih boleh bersabar. Chempaka
juga sudah jauh berbeza wataknya berbanding Chempaka yang aku kenali dahulu.
Dia tidak lagi semanja semasa zaman bercinta, sebaliknya mudah menjadi seorang
pemarah. Namun aku tetap menyanyanginya malah hendak bersuara tinggi pun aku
tidak sanggup, apatah lagi menjentiknya.
PENYAKIT MISTERI
Masuk bulan keempat, Chempaka mengujiku. Dia mula bermain
tarik tali, katanya aku sudah tidak menyayanginya memandangkan aku kerap pulang
lewat ke rumah setelah kenaikan pangkat. Berpangkat tinggi bermakna beban tugas
semakin besar dan apa yang aku lakukan adalah demi masa depan kami berdua.Aku juga harus berusaha gigih kerana segala urusan perbelanjaan dibawah tanggunganku. Chempaka
tidak bekerja kerana aku sendiri mahukan dia menjadi suri rumah yang menjaga
makan minum dan menguruskan hal rumah tangga sahaja.
Aku tidak menafikan bahawa Chemapak begitu bijak
menguruskan hal dirumah. Cuma kurangnya Chempaka gagal memenuhi
tanggungjawabnya di atas katil. Aku tidak mahu rumah tangga kami berantakan
mengenai isu yang mungkin akan dipandang sinis oleh keluarga kami. Lantas
kugesanya agar bertemu dengan doctor dan mencari penyelesaian untuk masalah
tersebut. Sayangnya, dia menolak mentah-mentah sarananku dengan alasan dia
memerlukan lebih banyak masa lagi.
Sehingga suatu hari, aku mengajak Chempaka berbual dari
hati ke hati. Ada tangisan dan sendu, suaranya semakin serak menahan tangis. Chempaka
memohon maaf kepadaku, katanya bukan dia tidak sudi melayani kehendak aku
sebagai suami tetapi penyakit misteri yang dihadapinya mematikan keinginan itu.
Menurut Chempaka bukan dia tidak pernah mencuba melawan
perasasaan tersebut malah dia sudah berkali-kali memaksa dirinya mendekatiku.
Namun setiap kali menyentuh tubuhku, badannya terasa panas mengakibatkan
keinginannya mati. Aku jatuh simpati kepada isteriku. Sebagai suami aku perlu
melakukan sesuatu demi kebaikan kami berdua.
ELAK BERTEMU CHEMPAKA
Aku membawa Chempaka
menemui seorang bomoh yang aku kenal melalui seorang rakan. Setelah mendapatkan
rawatan, barulah aku tahu bahawa Chempaka terkena buatan orang yang pernah
mencintainya. Lelaki itu menghantar sesuatu kepadanya sehingga menyebabkan Chempaka
enggan bermesra dengan aku.
Rawatan demi rawatan dilakukan dan selepas itu aku melihat
perubahan pada dirinya. Dia semakin mesra dan ketika itu aku rasakan seperti
bergelar pengantin baru. Sayangnya aku pada Chempaka menggunung dan aku
bersyukur dengan kehidupan yang kami peroleh.
Sayangnya saat ini hanya sempat kami kongsi beberapa ketika
sahaja. Di mana silapnya, aku pula dingin terhadap Chempaka. Aku mula menjauhinya
dan pantang jika ada masa terluang aku akan keluar dari rumah serta cuba
mengelak bertemu dengannya.
Bukan sekali dua Chempaka bertanya mengenai perlakuanku.
Aku sendiri pelik dan bingung dengan perubahan sikapku. Chempaka menasihatkan
aku berjumpa bomoh itu sekali lagi tetapi kali ini tujuannya adalah untuk
mengubatiku.Alangkah terkejutnya lelaki tersebut berdendam dengan aku
dan Chempaka. Kali ini dia mengalihkan sasaran kepada aku. Aku memohon kepada
Allah S.W.T agar usaha yang kami lakukan dapat mengubatiku penyakit misteriku.
Semakin hari, penyakitku semakin teruk, malah ada kalanya aku terlantar kerana kerap kali muntah darah
ketika batuk. Tubuhku semakin mengecil.
Chempaka kulihat pula semakin pendiam. Penyakit ganjil ini
memberi petanda bahawa jodohku dengan Chempaka tidak panjang. Penyakit ku lebih
teruk berbanding yang dituju kepada Chempaka.
Akhirnya setelah penat, aku berharap agar sembuh. Aku melafazkan talak satu kepada Chempaka kerana aku mahu
dia bahagia dengan kehidupannya. Walaupun sedih, aku gembira kerana Chempaka
dapat hidup tanpa melalui seksaan rumah tangga bersama lelaki yang gagal
berfungsi sebagai suami.
AMANAH ALLAH
Setelah aku bercerai dengan Chempaka, aku mendapat berita
dari kakaknya bahawa Chempaka mengandungkan anak kami. Dia telah hamil 3 bulan
setelah perceraian kami. Aku sungguh tidak menyangka. Denga segala kudrat yang
ada aku berazam untuk mengubati penyakit yang dialami dan ingin mendapatkan
Chempaka semula. Aku bertemu dengan bekas isteri ku dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan dia kembali sehingga kami benar-benar sihat
Chempaka pada mulanya tidak setuju kerana mengetahui nasib
malang akan menimpa jika kami bersama lagi tetapi aku bersungguh-sungguh ingin
merawat dan mencari siapa si pelaku perbuatan terhadap rumah tangga ini. Aku
meminta Chempaka memberikan aku sedikit masa untuk berubat sebelum aku
benar-benar pulih aku tidak akan mengambil Chempaka tinggal di rumah.
Akhirnya Chempaka setuju dengan syarat kami harus sembuh
terlebih dahulu. Aku meminta keluarganya
menjaga Chempaka sementara aku mendapatkan rawatan untuk penyakit misteri ini,
segala perbelanjaan Chempaka aku salurkan siap-siap untuk kegunaanya.
Dengan janji yang dimeterai oleh kami, aku mendapatkan
bantuan ayahku untuk mencari pengamal perubatan yang boleh menbebaskan penyakit
aku. Ku gagahkan diri demi sebuah harapan dari keluarga yang menantiku.
Walaupun kadang sempat juga aku berfikir untuk berhenti saja kerana penyakit
misteri ini mematahkan emosiku untuk bangkit.
MULA MENDAPATKAN RAWATAN.
Bersama orag tuaku, kami pergi ke negeri pantai timur,
Terengganu. Disana aku berjumpa dengan seorang pakcik yang dikenal sebagai Tok
Ngah. Dia menyatakan untuk merawatku bukan mudah kerana bukan calang-alang
orang yang menghantar sihir pemisah kepada kami. Bomoh tersebut berasal dari
Siam dan menetap di dalam gua di mana dia juga mengamalkan ilmu sesat. Terkejut
aku mendengar kerana sampai begitu sekali dia mahu menghancurkan kebahagian
kami.
Setelah itu, aku diminta untuk tinggal selama 6bulan
disana. Semasa menjalani rawatan perubatan aku menyedari Tok Ngah seorang yang
alim, dia tidak meninggalkan solat sunat dan selalu bangun malam untuk solat
tahajud. Dia mengatakan padaku imam yang kuat umpama banteng yang teguh. Aku mula
menyedari khilafku yang jarang menyandarkan diri pada yang Esa.. Tok Ngah tidak
merawatku seperti kebanyakan pengamal perubatan lain, dia hanya memintaku membuat amal-amal soleh dan aku merasakan
semakin hari aku bertambah segar dan sihat.
Aku ingin segera kembali menemui Chempaka namun aku harus
memastikan diriku benar-benar pulih. Sepanjang aku di sana, tidak pernah aku
menghubungi Chempaka kerana aku khuatir dia juga terkena lagi penyakit jika
berhubung denganku. Hari terakhir aku di sana, Tok Ngah membawa aku masuk ke
dalam biliknya. Dia membacakan ayat-ayat dan mengengam kain kuning di mana dia
telah mengikat jin yang telah dihantar padaku. Jin itu akan dilepaskannya ke
laut. Dia mengatakan pelakunya akan datang sendiri meminta maaf dan aku harus memaafkannya
jika dia benar-benar insaf.
Setelah aku pulang ke rumahku, keesokannya datang seorang
lelaki dalam keadaan kusut masai, dia meminta aku untuk memaafkannya. Katanya
dia diserang penyakit ganjil, dia tidak mampu menelan makanan dan bau badannya menjadi
semakin busuk sehingga orang-orang menghindari darinya. Aku memaafkan dan
meminta dia tidak megulanginya. Dia berjanji tidak akan mengulanginya kerana
dia sedar betapa peritnya jika disiksa. Aku mengucap syukur kerana akhirnya
Allah telah memberikan aku jalan keluar dari penderitaan ini.
BERKAHWIN SEMULA
Setelah sihat, aku mendatangi rumah Chempaka. Ketika itu,
aku melihat seorang lelaki tampan dirumahnya mengendong erat bayi kecil kukira
itu anak Chempaka. Aku terkedu kerana Chempaka
telah berkahwin lain dan melupakan janji kami. Namun sangkaan aku
meleset apabila adik Chempaka keluar dan memanggil suaminya . Rupanya itu
adalah adik ipar Chempaka dan dia membawa keluar anakku bermain-main diluar.
Chempaka tersenyum riang melihat aku yang merah padam. Terus aku tersenyum bahagia
melihat betapa indahnya senyuman yang dilemparkan oleh Chempaka. Berbunga
hatiku seolah mendapat sinaran cahaya kehidupan yang baru.
Aku dipelawa oleh Chempaka untuk duduk dan dibawakan anak
kami Nurul Syifa. Ya Allah, betapa luar biasa sesungguhnya namamu membawa erti penyembuhan yang sebenar anakku
kerana Chempaka juga sudah sihat. Aku mencium haruman syurga ini, terus tumpah
kasih sayang terhadapnya. Setelah berbincang dengan keluarga Chempaka mereka
merestukan kami untuk bersama kembali. Aku tidak sabar membawa mereka kembali
ke rumah kami dan menjalani kehidupan yg
normal.
BELAJAR SESUATU DALAM KEHIDUPAN
Kadang kala apabila perpisahan berlaku ego dalam diri masih
menebal. Tetapi kadang-kala melalui perpisahan kita akan belajar tentang
hakikat kehidupan. Ada manusia yang mudah lalai dan leka dengan apa yang
berlaku di depan matanya. Mereka tidak tahu menghargai sebaliknya selalu
melihat keburukan dan kesalahan pasanagan. Namun setelah perpisahan berlaku,
barulah mereka menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca. Maka
bertindak pantaslah menjernihkan kekeruhan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan