Rabu, 8 Januari 2020

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD


Buta Mata Celik Hati

  Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai Habib Abdullah al-Hadad) adalah seorang ahli dakwah, pengarang, sufi, mursyid dan imam zamannya yang selalu berjuang memberikan bimbingan keagamaan dengan lidah dan penanya sehingga menjadi pemimpin dan tempat rujukan bagu masyarakat muslim dalam menuntut ilmu agama.

  Habib al-Hadad dibesarkan dibawah pengawasan ketat ayahandanya Sayyid Alwi bin Muhammad al-Hadad, lebih-lebih lagi setelah berusia empat tahun, kedua-dua matanya buta akibat penyakit cacar. Berkat perhatian khusus dan kasih sayang yang dicurahkan oleh ayahandanya, disamping bakat dan kecerdasan otaknya, ia membesar menjadi pemuda yang dikagumi. Allah s.w.t telah menggantikan penglihatan zahirnya dengan penglihatan batin, di samping kemampuan menghafal yang sangat kuat.

Rutin Pemuda Buta
  Pada permulaa perjalanan hidup al-Imam beliau menyusuri negerinya bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama dan aulia. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut Masjid al-Hijriah dan waktu malam beliau sering solat bergiliran di setiap masjid Kota Tarim.

  Pada masa mudanya itu, seperti diceritakan orang yang mengenalinya, beliau lebih cenderung menjauhkan diri daripada cara hidup remaja seusianya. Pada waktu-waktu tertentu, beliau sering menyendiri di tempat-tempat sunyi, di lembah-lembah dan bukit-bukit sekitar Tarim untuk bertafakur dan beribadat. 

  Walaubagaimanapun kebiasaanya itu tidak mengurangi ketekunan dalam menuntut ilmu, dari masjid ke masjid dan dari sebuah kota ke sebuah kota, mendengar dengan saksama dan menimba ilmu daripada sejumlah guru yang masing-masing memiliki kepakaran dalam bidang mereka. Malah setiap hari, selepas mengikuti pelajaran ia menunaikan solat sunat di masjid tidak kurang dari 100 rakaat sehari.

 Satu pemadangan biasa bagi orang yang dalam perjalanan antara Tarim dan Seiwun, menyaksikan seorang pemuda buta berjalan sendirian di malam-malam yang sepi, antara lain untuk berziarah ke makam al-Imam Ahmad al-Muhajir di desa Husaisah. Selesai berziarah ia menimba air untuk mengisi kolam-kolam di sebuah masjid berdekatan dengan makam itu. Setelah itu, ia pulang ke Tarim dengan hati dan jiwa yang telah dipenuhi bekal rohani.

  Beliau tidak lekang bersuluk untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t spertimana yang ditulisnya ‘ Perjalanan hati menuju pelurusan dan pengamalan akhlak keimanan, serta pentahkikan peringkat-peringkat keyakinan. Perjalanan hati itu haruslah dengan mendaki dari satu maqam yang telah dicapai ke maqam yang lebih tinggi, terus menerus tanpa henti sejak awal sampai akhir.Itulah perjalanan batin atas lintasan batin pula.’

Ibadah dan Mujahadah
  Tiada siapa yang pernah menyatakan al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian atau tidak bersolat pada awal waktu, bersolat dalam situasi bergopoh-gapah atau meninggalkan qiamullail. Malah al-Imam juga tidak berbicara ketika menunggu waktu solat dan amat marah jika ada yang  yang cuba berkata-kata pada waktu itu. Al-Imam menegaskan : ‘Kami keluar dengan penuh menghadirkan diri dan meninggalkan segala kerunsingan’.

Pada waktu subuh jumaat, al-Iman menunaikan solat Fajar di masjid al-Jami’ seterusnya beriktikaf hingga solat Jumaat demi mendapatkan keutamaan hadir ke masjid awal untuk solat Jumaat.Beliau tidur amat sedikit. Beliau melambatkan solat witir hingga hamper fajar. Ini disebabkan beliau tidur sedikit(qailullah) selepas solat qiamullail. Kemudian barulah beliau berwudhuk untuk solat witir sebelum subuh.

Alhabib juga memperbanyakkan puasa terutamanya pada hari Khamis, ayyam al-baid(hari asyura, hari Arafah dan enam hari dalam bulan Syawal. Amalan ini dilakukan secara konsisten sehinggalah terhentinya amalan ini apabila beliau sudah berumur dan lemah.

  Pada bulan Ramadhan, beliau menjelaskan kepada sahabatnya: ‘ Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal, kurangkanlah sementara majlis ilmu semata-mata untuk beribadah di bulan ini’. Seterusnya dapat dilihat orang ramai yang mengurangkan majlis ilmu kecuali selepas Asar.
Walaupun kuat beribadah dan bersuluk, Imam al-Habib tidak menunjuk-nunjuk amalan solehnya kepada orang lain kecuali dengan niat yang dibenarkan syarak, seperti menjadi contoh teladan yang baik kepada yang lain.

Sumbangan buat Ummah
  Murid-murid beliau datang dari segenap pelosok dan ramai juga dari luar negeri Hadramaut. Malah pada tahun 1080H yakni mencapai usia 36 tahun ketika beliau berangkat menuju al-Hadramain untuk menunaikan ibadah haji, ramai tokoh ulama di sana yang meminta ijazah daripadanya (Yakni pengukuhan dan izin untuk mengajarkan ilmu yang telah dikuasai oleh seseorang) sebagai pengakuan atas kedudukan al-Imam Abdullah al-Hadad yang tinggi, walaupun pada mulanya beliau sendiri bermaksud meminta daripada mereka.

  Beliau juga seorang pensyair yang berbakat. Ungkapan syair-syairnya sangat mempesona dan telah dibukukan dengan judul  al-Dur al-Manzun li Zawi’il ak-Uqul waal-Furhum.
Al-Imam Abdullah al-Hadad memenuhi panggilan Tuhannya pada malam Selasa 7 Zulkaedah 1132H pada usia 88 tahun dan dimakamkan di Zanbal, tempat pemakaman keluarga dan nenek moyangnya di pinggiran kota Tarim.

  Semoga Allah melipatgandakan pahala baginya, demikian pula atas kita semua. Amin, ya Rab al-alamin.

Isnin, 6 Januari 2020

5 FESYEN MUSLIMAH PILIHAN YANG MENAWARKAN BUSANA PATUH SYARIAH


  Menutup aurat sangat sinonim dengan Muslimah. Namun tidak semua Muslimah menutup aurat. Yalah automatik lahir sebagai islam belum menjamin apa-apa, apatah lagi penghayatan syariat. Namun jika wanita itu mukminah mereka mesti menutup aurat kerana itu identiti yang sepatutnya mereka bangga-banggakan.

Panduan mudah busana menutup aurat
  • -      Tidak nipis
  • -      Menutup seluruh bahagian badan yang dikira aurat
  • -      Tidak memperlihatkan bentuk tubuh
  • -      Tidak menyerupai pakaian lelaki
  • -      Bukan pakaian syuhrah(bertujuan berbangga)

Disini antara 5 jenama pakaian Muslimah terkini yang sesuai digayakan oleh anda

Jelita Wordrobe
Image result for jelita wardrobe antara pakaian muslimah

Mengikuti arus kemodenan yang sentiasa mahukan gaya yang segar dan menawan, butik jelita wordrobe menampilkan gaya-gaya eksklusif untuk anda sama ada untuk majlis formal, keramaian atau bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.



QAMISSQA

Image result for QAMISSQA
Membawa konsep kasual,  Qamissqa dalam rekaannya dibuat berdasarkan keperluan wanita yang mahu tampil sopan, pada masa sama bebas bergerak walaupun dalam cuaca panas.


Bynurhafizah

Image may contain: 4 people
Sentiasa tampil dengan imej unik dan lain dari yang lain, busana dari bynurhafizah turut mencuri tumpaun dengan rekaan busananya. Ciri yang ditampilkan bersesuaian untuk Muslimah yang mencari gaya sporty, formal mahupun ke majlis-majlis.


Najjah's Collection

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and text


Cuba lari dari kebiasaan, Butik Najjah’s Colection tampil dengan busana buat wanita yang mementingkan keselesaan dan gaya, namun yang lebih utama ia boleh dipakai untuk hampir semua acara baik ke majlis, santai mahupun kerja.


Mardina Safiyya

Related image
Merupakan jenama yang berjaya memikat hati penggunanya Mardina Saffiya tampil dengan citarasa yang elegan, trendy dan anggun mampu memberi penampilan yang sempurna untuk Muslimah. Dengan harga yang mampu milik anda pasti ingin mendapatkan salah satu koleksi dari butik ini.

Sabtu, 4 Januari 2020

MEMBANGKITKAN SIKAP ROMANTIS SUAMI

Hijab

Sebenarnya sikap romantis ini ada pada setiap lelaki. Bezanya ada lelaki yang boleh mempamerkannya dan ada yang lebih suka memendamkannya. Jika suami anda jenis memendam sikap romantis dan lansung tidak mempamerkannya maka terpulang pada anda untuk mencungkilnya.

Cara dibawah adalah antara tip yang boleh dipraktikkan untuk membangkitkan sikap romantis suami anda.

1. Kelihatan cantik
  Pastikan anda sentiasa kelihatan cantik untuk suami termasuklah ketika di rumah. Sekali pun anda berkain batik dan berbaju t-shirt, pastikan ia tidak lusuh. Pakai bedak dan secalit gincu dibibir untuk menyerikan wajah.

  Sekali sekala tampillah dengan baju yang cantik atau seksi ketika di rumah sebab lelaki cukup senang melihat wanita yang cantik apatah lagi gaya pakaian yang dipakai sesuai dengan selera mereka. Mereka juga mudah tertarik dengan dandanan rapi dan menarik. Penampilan pasangan yang cantik dan seksi akan membuatkan lelaki merasakan suasana romantis dengan isterinya

2. Sentuhan kecil
  Ramai isteri yang melupakan sentuhan-sentuhan kecil buat suami. Antaranya ketika keluar bersama. Akibat sibuk melayani anak-anak, isteri enggan menggengam tangan atau lengan suami. Sebenarnya mengelus, memegang tangan suami atau melentokkan kepala di bahu suami cukup memberi ketenagan buat dirinya.

  Suami akan rasa disayangi dan dimanjakan sekali gus membuatkan dirinya terasa romantis. Sentuhan tersebut akan memberi kesan cinta dan tanda isteri memberi perhatian secara utuh kepadanya.

3. Pujian
 Bukan wanita sahaja yang senang menerima pujian, lelaki juga sama. Apatah lagi jika pujian itu bersangkutan dengan aspek kelelakian mereka. Lelaki selalu ingin menjadi hero. Jadi mereka akan merasa sangat dihargai bila dipuji sebagai pekerja gigih, bekerja keras dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

4. Lakukan perkara kreatif dan spontan
  Tanggungjawab atau tugas yang sama setiap hari selepas berumah tangga membuatkan kehidupan boleh terasa membosankan buat lelaki. Segarkanlah kembali kehidupan sekeoas berkahwin agar tidak menjadi rutin. Lakukanlah perkara-perkara yang kreatif dan spontan seperti memberikan hadiah bukan di hari lahirnya, mengajaknya melakukan rawatan spa bersana ataupun membeli VCD filem romantik untuk ditonton bersama.
  
  Selain itu luangkanlah juga masa untuk berdua bersama suami baig menghilangkan kepenatan selepas seharian beraktiviti. Atur acara dihujung minggu bersamanya agar sentiasa ada aktiviti yang hendak dilakukan dan hidup tidak terasa membosankan.

5. Ambil tahu perkembangan
  Lelaki akan merasa diperhatikan bila pasangan mengetahui berbagai aspek dalam kehidupannya baik dalam pekerjaan, keluarga hingga rakan-rakannya. Baginya, ini merupakan salah satu cara berkongsi dengan pasangannya. Jadi sewaktu bersama dengan pasangan, tanyakanlah apa yang berlaku di pejabat atau perkembangan rakan-rakannya. Tapi anda juga harus berhati-hati kerana lelaki suka diperhatikan dan tidak suka dicampuri urusannya.

6. Makan malam yang tenang
  Walaupun selalu diberitahu tentang perkara ini namun jarang dilakukan oleh si isteri. Makan malam yang tenang dengan disertai percakapan yang hangat membuat kaum lelaki merasa seolah-olah kembali di alam percintaan dengan isterinya. Biasanya lelaki suka makan enak, jadi apa salahnya memuaskan di meja makan juga? Situasi ini pasti membangkitkan sikap romantis dari suami

7. Kongsi rahsia dengan suami
  Biasanya lelaki ingin menjadi belahan jiwa anda. Jadi tidak ada salahnya anda menceritakan rahsia anda secara simbolik untuk menunjukkan kesetiaan anda dalam berhubungan dengannya,


10 PILIHAN ALTERNATIF UNTUK GAYA COTTAGE GARDEN TROPIKA

1. Plenctranthus 'Mona Lavender'
Image result for Plectranthus 'Mona Lavender
Plenctranthus 'Mona Lavender'
Cepat berkembang, mempunyai warna sensasi ungu menawan dan boleh membesar sehingga kepada 0.75m tinggi. Tumbuhan ini harus disiram secara kerap

2. Petunia Integrifolia
Related image
Petunia Integrifolia
Pokok eksotik dan genus Solanaceae mempunyai campuran bunga pelbagai warna hasil kacukan beberapa spesies. Ia sesuai warna hasil kacukan beberapa spesies. Ia sesuai ditanam dan digubah dalam window boxes atau bekas plastik panjang.

3. Portulaca 
Image result for Portulaca
Portulaca
Berasal dari famili Portulacaceae, pokok matahari sesuai ditanam di dalam pasu. Apabila berbunga, ia mengeluarkan satu lapisan kelopak bingga beberapa lapisan yang cantik.

4. Celosia Argentea var Plumosa
Image result for Celosia Argentea var Plumosa
Celosia Argentea var Plumosa
Struktur bunga tumbuh menegak berwarna merah jambu, ungu dan merah. Ia mudah berkembang namun tak tahan dek hujan dan kelembapan tinggi boleh menyebabkan bunga ini mereput.

5. Leucophyllum Frutescens
Related image
Leucophyllum Frutescens
Merupakan tumbuhan mudah dibentuk dan mudah dijaga. Tumbuhan hiasan ini popular kerana senang ditanam di kawasan dan kering. Ia memerlukan air minumum untuk hidup.

6. Cosmos Sulpherus
Image result for Cosmos Sulphureus
Cosmos Sulphureus
Tumbuhan ini senang ditanam dan dibiakkan. Kelopak bunganya tumbuh mekar mempunyai warna oren dan kuning di tengah kelopak bunganya tumbuh mekar mempunyai warna oren dan kuning di tengah kelopak serta variasi warna.

7. Lantana Camara
Image result for Lantana Camara
Lantana Camara
Terkenal dengan nama tahi ayam, renek berbunga cantik dalam gugusan padat ini mempu menghasilkan pelbagai campuran warna bunga yang menarik.

8. Angelonia Biflora
Image result for Angelonia Biflora
Angelonia Biflora
Bunga Angelonia bitflora berbentuk seakan-akan menyerupai kepala naga. Struktur bunga ini adalah lebih pendek, berbunga padat dan berwarna ungu.

9. Catharanthus Roseus
Image result for Catharanthus Roseus
Catharanthus Roseus
Dikenali dengan nama panggilan Kemunting Cina, generea ini mempunyai lima kelopak pada setiap kuntum dengan kombinasi warna bunga putih dan merah.

10. Hydrangea Macrophylla
Image result for Hydrangea Macrophylla
Hydrangea Macrophylla
Tumbuhan sedikit manja ini memerlukan penjagaan rapi dan perlu ditanam dengan teknik yang betul andai anda ingin melihat ia berbunga.

JODOH BERTAUT KEMBALI



Image result for PHOTOSHOOT FAMILY HIJAB
Gambar Hiasan
Lima tahun menyulam cinta membuatkan aku mengambil keputusan untuk mengahwini kekasihku, Chempaka. Perkahwinan yang dibina atas dasar kasih saying malangnya bertahan selama setahun sahaja. Aku sendiri tidak menyangka sama sekali perkahwinan akan berakhir dalam tempoh yang sangat singkat. Bak kata saudara-mara, penat kenduri masih lagi terasa.Jauh di sudut hati aku masih lagi menyanyangi Chempaka, aku tetap mahukan dia sebagai isteri tetapi sayangnya Chempaka tidak mampu mencipta kebahagiaan padauk. Angan-angan sewaktu bercinta begitu jauh berbeza dengan realiti rumah tangga.

Tanyalah pada mana-mana pasangan, pasti mereka akan mengatakan bahawa hubungan kelamin penting dalam menjalani kehidupan rumah tangga biarpun masih ada faktor lain. Walaupun lelaki telah berusia, mereka tetap mahu dibelai dan dimanja isteri, inikan pula aku yang baru bergelar suami pada usia yang muda.Bersama Chempaka aku tidak dapat apa yang aku hajatkan. Chempaka kaku ketika di ranjang dan sering kali membiarkan aku sendirian. Aku bukan seorang yang mementingkan diri tetapi sebagai lelaki aku berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik aku.

Setelah sebulan perkahwinan, aku masih boleh bersabar. Chempaka juga sudah jauh berbeza wataknya berbanding Chempaka yang aku kenali dahulu. Dia tidak lagi semanja semasa zaman bercinta, sebaliknya mudah menjadi seorang pemarah. Namun aku tetap menyanyanginya malah hendak bersuara tinggi pun aku tidak sanggup, apatah lagi menjentiknya.

PENYAKIT MISTERI
Masuk bulan keempat, Chempaka mengujiku. Dia mula bermain tarik tali, katanya aku sudah tidak menyayanginya memandangkan aku kerap pulang lewat ke rumah setelah kenaikan pangkat. Berpangkat tinggi bermakna beban tugas semakin besar dan apa yang aku lakukan adalah demi masa depan kami berdua.Aku juga harus berusaha gigih kerana segala urusan  perbelanjaan dibawah tanggunganku. Chempaka tidak bekerja kerana aku sendiri mahukan dia menjadi suri rumah yang menjaga makan minum dan menguruskan hal rumah tangga sahaja.

Aku tidak menafikan bahawa Chemapak begitu bijak menguruskan hal dirumah. Cuma kurangnya Chempaka gagal memenuhi tanggungjawabnya di atas katil. Aku tidak mahu rumah tangga kami berantakan mengenai isu yang mungkin akan dipandang sinis oleh keluarga kami. Lantas kugesanya agar bertemu dengan doctor dan mencari penyelesaian untuk masalah tersebut. Sayangnya, dia menolak mentah-mentah sarananku dengan alasan dia memerlukan lebih banyak masa lagi.

Sehingga suatu hari, aku mengajak Chempaka berbual dari hati ke hati. Ada tangisan dan sendu, suaranya semakin serak menahan tangis. Chempaka memohon maaf kepadaku, katanya bukan dia tidak sudi melayani kehendak aku sebagai suami tetapi penyakit misteri yang dihadapinya mematikan keinginan itu.

Menurut Chempaka bukan dia tidak pernah mencuba melawan perasasaan tersebut malah dia sudah berkali-kali memaksa dirinya mendekatiku. Namun setiap kali menyentuh tubuhku, badannya terasa panas mengakibatkan keinginannya mati. Aku jatuh simpati kepada isteriku. Sebagai suami aku perlu melakukan sesuatu demi kebaikan kami berdua.

ELAK BERTEMU CHEMPAKA
Aku membawa  Chempaka menemui seorang bomoh yang aku kenal melalui seorang rakan. Setelah mendapatkan rawatan, barulah aku tahu bahawa Chempaka terkena buatan orang yang pernah mencintainya. Lelaki itu menghantar sesuatu kepadanya sehingga menyebabkan Chempaka enggan bermesra dengan aku.

Rawatan demi rawatan dilakukan dan selepas itu aku melihat perubahan pada dirinya. Dia semakin mesra dan ketika itu aku rasakan seperti bergelar pengantin baru. Sayangnya aku pada Chempaka menggunung dan aku bersyukur dengan kehidupan yang kami peroleh.
Sayangnya saat ini hanya sempat kami kongsi beberapa ketika sahaja. Di mana silapnya, aku pula dingin terhadap Chempaka. Aku mula menjauhinya dan pantang jika ada masa terluang aku akan keluar dari rumah serta cuba mengelak bertemu dengannya.

Bukan sekali dua Chempaka bertanya mengenai perlakuanku. Aku sendiri pelik dan bingung dengan perubahan sikapku. Chempaka menasihatkan aku berjumpa bomoh itu sekali lagi tetapi kali ini tujuannya adalah untuk mengubatiku.Alangkah terkejutnya lelaki tersebut berdendam dengan aku dan Chempaka. Kali ini dia mengalihkan sasaran kepada aku. Aku memohon kepada Allah S.W.T agar usaha yang kami lakukan dapat mengubatiku penyakit misteriku. Semakin hari, penyakitku semakin teruk, malah ada kalanya  aku terlantar kerana kerap kali muntah darah ketika batuk. Tubuhku semakin mengecil.

Chempaka kulihat pula semakin pendiam. Penyakit ganjil ini memberi petanda bahawa jodohku dengan Chempaka tidak panjang. Penyakit ku lebih teruk berbanding yang dituju kepada Chempaka. Akhirnya setelah penat, aku berharap agar sembuh. Aku melafazkan  talak satu kepada Chempaka kerana aku mahu dia bahagia dengan kehidupannya. Walaupun sedih, aku gembira kerana Chempaka dapat hidup tanpa melalui seksaan rumah tangga bersama lelaki yang gagal berfungsi sebagai suami.

AMANAH ALLAH
Setelah aku bercerai dengan Chempaka, aku mendapat berita dari kakaknya bahawa Chempaka mengandungkan anak kami. Dia telah hamil 3 bulan setelah perceraian kami. Aku sungguh tidak menyangka. Denga segala kudrat yang ada aku berazam untuk mengubati penyakit yang dialami dan ingin mendapatkan Chempaka semula. Aku bertemu dengan bekas isteri ku dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan dia kembali sehingga kami benar-benar sihat

Chempaka pada mulanya tidak setuju kerana mengetahui nasib malang akan menimpa jika kami bersama lagi tetapi aku bersungguh-sungguh ingin merawat dan mencari siapa si pelaku perbuatan terhadap rumah tangga ini. Aku meminta Chempaka memberikan aku sedikit masa untuk berubat sebelum aku benar-benar pulih aku tidak akan mengambil Chempaka tinggal di rumah.

Akhirnya Chempaka setuju dengan syarat kami harus sembuh terlebih dahulu.  Aku meminta keluarganya menjaga Chempaka sementara aku mendapatkan rawatan untuk penyakit misteri ini, segala perbelanjaan Chempaka aku salurkan siap-siap untuk kegunaanya.

Dengan janji yang dimeterai oleh kami, aku mendapatkan bantuan ayahku untuk mencari pengamal perubatan yang boleh menbebaskan penyakit aku. Ku gagahkan diri demi sebuah harapan dari keluarga yang menantiku. Walaupun kadang sempat juga aku berfikir untuk berhenti saja kerana penyakit misteri ini mematahkan emosiku untuk bangkit.

MULA MENDAPATKAN RAWATAN.
Bersama orag tuaku, kami pergi ke negeri pantai timur, Terengganu. Disana aku berjumpa dengan seorang pakcik yang dikenal sebagai Tok Ngah. Dia menyatakan untuk merawatku bukan mudah kerana bukan calang-alang orang yang menghantar sihir pemisah kepada kami. Bomoh tersebut berasal dari Siam dan menetap di dalam gua di mana dia juga mengamalkan ilmu sesat. Terkejut aku mendengar kerana sampai begitu sekali dia mahu menghancurkan kebahagian kami.

Setelah itu, aku diminta untuk tinggal selama 6bulan disana. Semasa menjalani rawatan perubatan aku menyedari Tok Ngah seorang yang alim, dia tidak meninggalkan solat sunat dan selalu bangun malam untuk solat tahajud. Dia mengatakan padaku imam yang kuat umpama banteng yang teguh. Aku mula menyedari khilafku yang jarang menyandarkan diri pada yang Esa.. Tok Ngah tidak merawatku seperti kebanyakan pengamal perubatan lain, dia hanya memintaku  membuat amal-amal soleh dan aku merasakan semakin hari aku bertambah segar dan sihat.

Aku ingin segera kembali menemui Chempaka namun aku harus memastikan diriku benar-benar pulih. Sepanjang aku di sana, tidak pernah aku menghubungi Chempaka kerana aku khuatir dia juga terkena lagi penyakit jika berhubung denganku. Hari terakhir aku di sana, Tok Ngah membawa aku masuk ke dalam biliknya. Dia membacakan ayat-ayat dan mengengam kain kuning di mana dia telah mengikat jin yang telah dihantar padaku. Jin itu akan dilepaskannya ke laut. Dia mengatakan pelakunya akan datang sendiri meminta maaf dan aku harus memaafkannya jika dia benar-benar insaf.

Setelah aku pulang ke rumahku, keesokannya datang seorang lelaki dalam keadaan kusut masai, dia meminta aku untuk memaafkannya. Katanya dia diserang penyakit ganjil, dia tidak mampu menelan makanan dan bau badannya menjadi semakin busuk sehingga orang-orang menghindari darinya. Aku memaafkan dan meminta dia tidak megulanginya. Dia berjanji tidak akan mengulanginya kerana dia sedar betapa peritnya jika disiksa. Aku mengucap syukur kerana akhirnya Allah telah memberikan aku jalan keluar dari penderitaan ini.

BERKAHWIN SEMULA
Setelah sihat, aku mendatangi rumah Chempaka. Ketika itu, aku melihat seorang lelaki tampan dirumahnya mengendong erat bayi kecil kukira itu anak Chempaka. Aku terkedu kerana Chempaka  telah berkahwin lain dan melupakan janji kami. Namun sangkaan aku meleset apabila adik Chempaka keluar dan memanggil suaminya . Rupanya itu adalah adik ipar Chempaka dan dia membawa keluar anakku bermain-main diluar. Chempaka tersenyum riang melihat aku yang merah padam. Terus aku tersenyum bahagia melihat betapa indahnya senyuman yang dilemparkan oleh Chempaka. Berbunga hatiku seolah mendapat sinaran cahaya kehidupan yang baru.

Aku dipelawa oleh Chempaka untuk duduk dan dibawakan anak kami Nurul Syifa. Ya Allah, betapa luar biasa sesungguhnya namamu  membawa erti penyembuhan yang sebenar anakku kerana Chempaka juga sudah sihat. Aku mencium haruman syurga ini, terus tumpah kasih sayang terhadapnya. Setelah berbincang dengan keluarga Chempaka mereka merestukan kami untuk bersama kembali. Aku tidak sabar membawa mereka kembali ke rumah kami dan menjalani  kehidupan yg normal.

BELAJAR SESUATU DALAM KEHIDUPAN
Kadang kala apabila perpisahan berlaku ego dalam diri masih menebal. Tetapi kadang-kala melalui perpisahan kita akan belajar tentang hakikat kehidupan. Ada manusia yang mudah lalai dan leka dengan apa yang berlaku di depan matanya. Mereka tidak tahu menghargai sebaliknya selalu melihat keburukan dan kesalahan pasanagan. Namun setelah perpisahan berlaku, barulah mereka menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca. Maka bertindak pantaslah menjernihkan kekeruhan tersebut.

AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD

Buta Mata Celik Hati   Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...