Mewujudkan suasana keluarga harmoni merupakan satu teras penting dalam institusi keluarga bahkan dengan rasa ketakwaan dapat mendidik diri dengan rasa takut kepada Allah, beramal dengan kebaikan, redha dengan ketentuan dan ujian yang diberikan dan membuat persediaan bagi menuju kepada Allah dengan amal soleh. Dengan ini kita tidak terpedaya dengan tipu helah dunia yang boleh menarik ke arah jalan kehancuran rumah tangga.
Disini disertakan 10 perkara yang patut dijauhi wanita dan isteri solehah:
Mencari-cari alasan untuk minta cerai
Perkahwinan adalah hubungan yang suci, berdiri di atas makna ruh dan perasaan mulia. Ikatan perkahwinan harus dipertahankan dengan teguh, kecuali Allah menghendaki sesuatu yang harus terjadi
Rasulullah bersabda "tiap isteri yang meminta cerai kepada suaminya dengan alasan yang dapat dibenarkan, maka haram atasnya bau syurga" Keduany punya hak dan kewajipan. Selagi kedua pihak mahu memperhatikan nasihat yang digariskan oleh agama tentu keduanya tidak terjadi punca perceraian.
Bercampur dengan kaum lelaki
Masalah pergaulan bebas antara lelaki dengan kaum wanita yang melanda umat islam pada saat ini kerana pengaruh dari budaya orang-orang Eropah. Mereka memberikan kebebasan untuk berbuat apa saja sehingga keluar waktu malam dan bercampur di mana saja
Rasullullah bersabda " Ketahuilah, jangan sekali-kali seorang lelaki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali jika dia hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya".
Wasiat nabi ini bagi memastikakn keagungan dan nilai tinggi kedudukan seorang wanita dan memastikan bahaya bagi lelaki bercampur wanita
Jauhi perasaan buruk sangka
Rasulullah SAW mengecam dengan kerasnya bagi kaum Muslimin yang berburuk sangka kepada sesama manusia
"Awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah perkataan yang paling bohong"
Rasullulah mengarahkan kita supaya memandang perbuatan lahir manusia sahaja tanpa menggantungkan diri kepada prasangka.
Hindari perasaan marah
Wahai muslimah, alangkah agungnya peribadi Rasulullah yang sentiasa menanamkan sifat pengampun dan pemaaf dalam jiwa kita.
Dari Aisya ra berkata " Tidak pernah Rasullullah SAW memukul sesuatu dengan tangannya, samada perempuan atau khadam kecuali dalam peperangan pada jalan Allah dan tidak pernah membalas satu perbuatan salah sahabat baginda terhadap dirinya dengan perbuatan salah yang sebanding dengan perbuatannya(dimaafkan dan diampunkan) kecuali dilanggar apa-apa yang diharamkan Allah, barulah baginda membalas kerana Allah SWT."
Sifat marah mampu menjerumuskan manusia kedalam kejahatan dan boleh membawa kepada keruntuhan hubungan, institusi dan keluarga.
Jangan menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suamimu
Betapa banyak yang kita dengar seorang wanita diceraikan suaminya lalu suaminay menikah dengan temannya sendiri atau tenagga atau wanita yang dekat dengan isterinya, padahal pada mulanya suami tidak mengetahui berita kecuali dari isterinya
Rasulullah SAW " Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu dia menceritakan sifat-sifat wanita lain itu kepada suaminya, sehingga seakan-akan suaminya dapat melihatnya."
Hal ini dilihat remeh namun tanpa disedari sebenarnya kita membawa masuk anasir luar ke dalam rumah tangga kita dan menyebabkan suami kita terpengaruh dan lebih memperhatikan orang lain berbanding isteri sendiri
Merendahkan pemberian suami
Bersyukurlah dengan segala pemberian suami kerana dengan itulah mengalir rezeki yang lain kepada suamimu
Rasulullah SAW bersabda "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah akau mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya"
Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.
Menjauhi sifat pendendam
Rasulullah SAW " Ada tiga perkara yang akan aku beritahukan kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu sifat ini, maka Allah akan mengampuni dosanya iaitu:pertama, orang yang mati tidak menyekutukan Allahkedua, orang yang mati yang tidak pernah menjadi tukang sihirketiga orang yang tidak pernah dendam terhadap saudara-saudaranya"
Jangan biarkan kemungkaran
Sesungguhnya setiap nasihat atau teguran perlu diteliti dan dihalusi, orang yang menegur mestilah dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan marah dan emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana semua itu tidak akan menyelesaikan mestilah, akan tetapi sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan .
Rasulullah SAW " barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannya, Kalau tidak sanggup makan hendaklah menegurnya dengan mulutnya. Jika dengan cara ini juga masih tidak sanggup, maka hendaklah dengan hatinya. Yang terakhir adalah usaha yang paling lemah dengan iman"
Tamak
Penyakit tamak ini adalah sifat ingin menguasai datu mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama lain sifat tamak ini ialah loba atau serakah. Sifat tamak tidak akb bertahan lama dan pada tingkat terakhir pasti mengalami kejatuhan
Bermuka dua
Maka, sudah sewajibnya, seorang beriman dapat menyatukan juga antara iman dan amal, tidak bertolak belakang, apalagi berlawanan arah. Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang bermuka dua.
Rasulullah SAW "Engkau akan menemui seburuk-buruk manusia di sisi Allah nanti pada hari kiamat, iaitu orang yang bermuka dua. Orang yang datang kepada satu golongan dengan wajah,dan datang kepada golongan lain dengan wajah yang lain pula."
Dengan kata mutiara lain pula disebutkan "kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata peliharalah lidah."
Selasa, 31 Disember 2019
KUALA BESUT DINASTI MENARIK YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI
Jika ramai yang tercari-cari tempat yang mendamaikan dan dalam masa yang sama untuk menghabiskan cuti anda secara santai dan terhubung, saya syorkan anda untuk datang ke Besut, Terengganu. Bukan kerana tempat ini terpencil tapi tempat ini merupakan salah satu destinasi atau hentian yang mana menambat hati pengunjung luar kerana banyak tempat menarik disini.
Jika anda berminat untuk bercuti sekitar beberapa hari, disini saya sertakan 10 tempat menarik untuk anda jika datang ke Kuala Besut atau Besut, Terengganu.
1. PASAR JUMAAT KUALA BESUT
Jika kebetulan anda sampai ke sini pada hari khamis dan bermalam hingga pagi jumaat anda boleh berkunjung ke pasar pagi terbesar di Kuala Besut, Terengganu.Tak susah nak mencari tempat ni, waze atau google maps je Pasar Tani Kuala Besut malah ia hanya berada dalam kawasan Perhentian Bas Kuala Besut.
Di sini anda boleh mendapat pelbagai barangan sama ada barang basah, barang pukal, bundle dan merasai pelbagai kuih muih tradisional dari penduduk setempat.Apa yang berbeza kuih muih disini lebih besar dan inti lebih banyak, malah tempat bundle hampir 10-15 khemah dibuka. Tempat ini menjadi tumpuan penduduk kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan anda juga masih boleh tawar menawar serendah mungkin.. Menarik bukan!!
2. PULAU PERHENTIAN
Antara bulan April hingga bulan September, Kuala Besut akan dipenuhi pelancong asing yang berkeliaran disekitar pekan Kuala Besut untuk menuju destinasi tarikan utama dunia iaitu Pulau Perhentian
Dikatakan di antara pulau yang menjadi tarikan utama untuk pelancong sama ada dari tempatan atau luar negara. Hal ini kerana Pulau ini masih terjaga dan belum tercemar dengan kenderaan berasap. Keindahan semula jadi yang memukau dan pemandangan indah dasar lautnya yang memukau menjadi tarikan untuk pelancong melakukan aktiviti snorkeling dan diving.
3. AIR TERJUN LATA
Bukan sahaja air laut, Besut juga dikelilingi kawasan hutan semulajadi. Terdapat 2 Air Terjun iaitu di Hutan Lipur Lata Tembakah dan Hutan Lipur Lata Belatan. Pastinya untuk anda yang gemarkan percutian yang menenangkan fikiran, beriadah bersama keluarga dan mandi manda disini merupakan tempat terbaik untuk anda kunjungi.
Airnya yang sejuk dan jernih menjadi tumpuan utama mereka untuk bertandang. Hutan Lipur Tembakah terletak di Hutan Simpan Pelagat, Besut Terengganu dan mempunyai 5 tingkat. Manakala Hutan Lipur Belatan terletak di pintu masuk Hutan Gunung Tebu. Disini terdapat tempat yang selamat untuk anak kecil bermain air dan disediakan pelbagai kemudahan seperti kedai-kedai, tapak perkhemahan, tandas awam dan tempat letak kereta.
4. KOLAM AIR PANAS
Jika anda sudah ke air terjun, pastinya lokasi ini turut menjadi antara pilihan untuk penggemar yang sukakan persekitaran semulajadi. Kolam air panas La Hot Spring agak jauh dari Pusat Bandar Jerteh dan memakan masa hampir sejam untuk sampai kesini. Meski demikian tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong kerana terdapat tempat untuk mandi air panas dan dibawahnya terdapat air sejuk.
5. DATARAN KUALA BESUT
Sekiranya anda berada di Kuala Besut, anda boleh bersantai dan minum petang di Dataran Kuala Besut, tempat ini berhampiran dengan jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas, deretan kedai makan, kawasan letak kereta, hotel, dan taman permainan kanak-kanak.
Biasanya tempat ini mula dipenuhi orang ramai sekitar 3petang hingga 10 malam. Terdapat dataran berbumbung untuk kegunaan penduduk sama ada aktiviti anjuran penduduk tempatan, acara/pertandingan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Berhadapan dengan laut China Selatan anda pasti merasakan keindahan angin yang mendamaikan disamping menikmati aktiviti riadah bersama keluarga.
6. BUKIT KLUANG
Berhadapan Laut China Selatan, disini menawarkan pemandangan yang memukau dari puncaknya. Bukan itu sahaja di kaki bukit kluang anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti mandi manda,menaiki kuda, banana boat, payung terjun, bersiar-siar ke Pulau Rhu, snorkeling, bermain belon buih, layang2 dan banyak lagi!!
Selain aktiviti tersebut Bukit Kluang juga menjadi pilihan pengantin melakukan sesi fotografi dan aktivti santai bersama keluarga, sahabat handai ataupun rakan sekerja. Tempat ini dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta, deretan kedai makan, taman permainan kanak-kanak dan tandas awam. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan pastinya anda ingin kembali lagi ke sini.
7. KOTA PUTERA SQUARE
Kota Putera merupakan mercu tanda pusat pentadbiran Besut untuk kegunaan persidangan, majlis perkahwinan, mini konvesyen dan ruang pameran. Penduduk setempat memanfaatkan kemudahan yang disediakan di situ selain menjaga kebersihan supaya persekitaran sentiasa menarik dan menjadi pusat riadah popular waktu malam
Jika anda berkunjung pada waktu malam, selain penggunaan dewan ini, diluar bangunan terdapat plebagai aktiviti riadah yang dimeriahkan oleh penduduk tempatan seperti busking, food truck, sewa berbasikal dan mini motor, permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi. Sesuai untuk mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan.
8. MASJID DI BESUT
Terdapat beberapa masjid di Besut Terengganu yang menjadi tumpuan orang luar untuk datang sama ada beribadah mahupun mengambil kesempatan melihat keindahan masjidnya. Disini antara 4 masjid yang menjadi tarikan utama di Besut.
1. Masjid kayu Ulul Albab - terserlah dengan keindahan seni bina awan larat, motif bungan dan ukiran ayat-ayat suci.
2. Masjid Lapan Kubah - di kampung 8 kotak masjid ini mendapat jolokan Masjid Russia kerana seni binaan seakan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.
3. Masjid Hadhari - Berdekatan Bandar Jerteh Besut dan menjadi laluan utama Kelantan-Terengganu dan seni bina seakan Masjid Cordoba Sepanyol
4. Masjid Taman Ilmu - Merupakan masjid terbesar di Terengganu dan ke-5 terbesar di Malaysia
9. PANTAI DALAM RHU
Tidak jauh dari Kuala Besut, terdapat pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai ialah Pantai Rhu Pasir Puteh Kelantan, walaupun tidak berada di dalam lingkungan Besut pantai ini sangat dekat dengan Kuala Besut, dengan pantainya yang cantik, berpasir halus dan bersih pantai ini sangat popular.
Sekiranya anda ingin menginap bersama keluarga terdapat sebuah resort Tok Aman Bali yang menawarkan pakej yang berbaloi untuk anda. Persekitarannya sangat cantik dan disertakan dengan lanskap yang menarik pasti tidak rugi untuk anda menetap disini kerana terdapat kolam renang dan tempat ini dikelilingi air.
10. MAKANAN LAUT
Melewati destinasi menarik di Besut, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk merasai sumber protein yang menjadi sumber utama pendapatan masyarakat nelayan disini. Restoran Zul ikan bakar disini menawarkan ikan yang pelbagai dengan harga terbaik. Tempat ini menjadi lokasi bagi penggemar ikan bakar dan menu lain seperti sotong dan ikan celup tepung.
Restoran ini sentiasa penuh terutamanya pada malam minggu. Jika anda mahu kesini bolehlah waze alamat Restoran Zul Ikan Bakar Besut yag terletak di Kampung Seberang Kastam berhampiran jambatan Kuala Besut. Waktu operasi sekitar 8malam- 2 pagi. Keenakan rasa rempah ikan bakarnya pasti menambat hati anda.
Jika anda berminat untuk bercuti sekitar beberapa hari, disini saya sertakan 10 tempat menarik untuk anda jika datang ke Kuala Besut atau Besut, Terengganu.
1. PASAR JUMAAT KUALA BESUT
Jika kebetulan anda sampai ke sini pada hari khamis dan bermalam hingga pagi jumaat anda boleh berkunjung ke pasar pagi terbesar di Kuala Besut, Terengganu.Tak susah nak mencari tempat ni, waze atau google maps je Pasar Tani Kuala Besut malah ia hanya berada dalam kawasan Perhentian Bas Kuala Besut.
Di sini anda boleh mendapat pelbagai barangan sama ada barang basah, barang pukal, bundle dan merasai pelbagai kuih muih tradisional dari penduduk setempat.Apa yang berbeza kuih muih disini lebih besar dan inti lebih banyak, malah tempat bundle hampir 10-15 khemah dibuka. Tempat ini menjadi tumpuan penduduk kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan anda juga masih boleh tawar menawar serendah mungkin.. Menarik bukan!!
2. PULAU PERHENTIAN
Antara bulan April hingga bulan September, Kuala Besut akan dipenuhi pelancong asing yang berkeliaran disekitar pekan Kuala Besut untuk menuju destinasi tarikan utama dunia iaitu Pulau Perhentian
Dikatakan di antara pulau yang menjadi tarikan utama untuk pelancong sama ada dari tempatan atau luar negara. Hal ini kerana Pulau ini masih terjaga dan belum tercemar dengan kenderaan berasap. Keindahan semula jadi yang memukau dan pemandangan indah dasar lautnya yang memukau menjadi tarikan untuk pelancong melakukan aktiviti snorkeling dan diving.
3. AIR TERJUN LATA
Bukan sahaja air laut, Besut juga dikelilingi kawasan hutan semulajadi. Terdapat 2 Air Terjun iaitu di Hutan Lipur Lata Tembakah dan Hutan Lipur Lata Belatan. Pastinya untuk anda yang gemarkan percutian yang menenangkan fikiran, beriadah bersama keluarga dan mandi manda disini merupakan tempat terbaik untuk anda kunjungi.
Lata tembakah |
4. KOLAM AIR PANAS
Jika anda sudah ke air terjun, pastinya lokasi ini turut menjadi antara pilihan untuk penggemar yang sukakan persekitaran semulajadi. Kolam air panas La Hot Spring agak jauh dari Pusat Bandar Jerteh dan memakan masa hampir sejam untuk sampai kesini. Meski demikian tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong kerana terdapat tempat untuk mandi air panas dan dibawahnya terdapat air sejuk.
Kolam Air Panas La Besut |
5. DATARAN KUALA BESUT
Sekiranya anda berada di Kuala Besut, anda boleh bersantai dan minum petang di Dataran Kuala Besut, tempat ini berhampiran dengan jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas, deretan kedai makan, kawasan letak kereta, hotel, dan taman permainan kanak-kanak.
Biasanya tempat ini mula dipenuhi orang ramai sekitar 3petang hingga 10 malam. Terdapat dataran berbumbung untuk kegunaan penduduk sama ada aktiviti anjuran penduduk tempatan, acara/pertandingan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Berhadapan dengan laut China Selatan anda pasti merasakan keindahan angin yang mendamaikan disamping menikmati aktiviti riadah bersama keluarga.
6. BUKIT KLUANG
Bukit Kluang Besut merupakan salah satu lokasi pemandangan terbaik dengan pantainya yang cantik, gua laut dan jika anda gemarkan matahari terbit dari laut , pastinya disini menjanjikan pengalaman yang berbeza. Untuk menikmati pemandangan ini anda boleh mendaki bukit kluang setinggi 300 meter dari aras laut.
Berhadapan Laut China Selatan, disini menawarkan pemandangan yang memukau dari puncaknya. Bukan itu sahaja di kaki bukit kluang anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti mandi manda,menaiki kuda, banana boat, payung terjun, bersiar-siar ke Pulau Rhu, snorkeling, bermain belon buih, layang2 dan banyak lagi!!
Selain aktiviti tersebut Bukit Kluang juga menjadi pilihan pengantin melakukan sesi fotografi dan aktivti santai bersama keluarga, sahabat handai ataupun rakan sekerja. Tempat ini dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta, deretan kedai makan, taman permainan kanak-kanak dan tandas awam. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan pastinya anda ingin kembali lagi ke sini.
7. KOTA PUTERA SQUARE
Kota Putera merupakan mercu tanda pusat pentadbiran Besut untuk kegunaan persidangan, majlis perkahwinan, mini konvesyen dan ruang pameran. Penduduk setempat memanfaatkan kemudahan yang disediakan di situ selain menjaga kebersihan supaya persekitaran sentiasa menarik dan menjadi pusat riadah popular waktu malam
Jika anda berkunjung pada waktu malam, selain penggunaan dewan ini, diluar bangunan terdapat plebagai aktiviti riadah yang dimeriahkan oleh penduduk tempatan seperti busking, food truck, sewa berbasikal dan mini motor, permainan kanak-kanak dan lain-lain lagi. Sesuai untuk mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan.
8. MASJID DI BESUT
Terdapat beberapa masjid di Besut Terengganu yang menjadi tumpuan orang luar untuk datang sama ada beribadah mahupun mengambil kesempatan melihat keindahan masjidnya. Disini antara 4 masjid yang menjadi tarikan utama di Besut.
1. Masjid kayu Ulul Albab - terserlah dengan keindahan seni bina awan larat, motif bungan dan ukiran ayat-ayat suci.
2. Masjid Lapan Kubah - di kampung 8 kotak masjid ini mendapat jolokan Masjid Russia kerana seni binaan seakan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia.
3. Masjid Hadhari - Berdekatan Bandar Jerteh Besut dan menjadi laluan utama Kelantan-Terengganu dan seni bina seakan Masjid Cordoba Sepanyol
4. Masjid Taman Ilmu - Merupakan masjid terbesar di Terengganu dan ke-5 terbesar di Malaysia
9. PANTAI DALAM RHU
Tidak jauh dari Kuala Besut, terdapat pantai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai ialah Pantai Rhu Pasir Puteh Kelantan, walaupun tidak berada di dalam lingkungan Besut pantai ini sangat dekat dengan Kuala Besut, dengan pantainya yang cantik, berpasir halus dan bersih pantai ini sangat popular.
Sekiranya anda ingin menginap bersama keluarga terdapat sebuah resort Tok Aman Bali yang menawarkan pakej yang berbaloi untuk anda. Persekitarannya sangat cantik dan disertakan dengan lanskap yang menarik pasti tidak rugi untuk anda menetap disini kerana terdapat kolam renang dan tempat ini dikelilingi air.
Resort Tok Aman Bali |
10. MAKANAN LAUT
Melewati destinasi menarik di Besut, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk merasai sumber protein yang menjadi sumber utama pendapatan masyarakat nelayan disini. Restoran Zul ikan bakar disini menawarkan ikan yang pelbagai dengan harga terbaik. Tempat ini menjadi lokasi bagi penggemar ikan bakar dan menu lain seperti sotong dan ikan celup tepung.
Zul Ikan Bakar |
Restoran ini sentiasa penuh terutamanya pada malam minggu. Jika anda mahu kesini bolehlah waze alamat Restoran Zul Ikan Bakar Besut yag terletak di Kampung Seberang Kastam berhampiran jambatan Kuala Besut. Waktu operasi sekitar 8malam- 2 pagi. Keenakan rasa rempah ikan bakarnya pasti menambat hati anda.
Ahad, 29 Disember 2019
KISAH GEORGE PARROT, PENJENAYAH YANG TUBUHNYA DIBUAT MENJADI SEPASANG KASUT.
Pada abad ke-19, di American Wild West ada seorang perompak terkenal bernama George Parrot. Dalam setiap aksi rompakan ia tidak segan untuk menghabiskan nyawa mangsanya. Tetapi tidak akan menyangka bahawa hidup Parrot akan berkahir tragis, sangat tragis sehingga ia dihukum gantung tanpa proses pengadilan dan jasadnya kemudian diubah menjadi sepasang sepatu.
George Parrot atau dikenali George Warden atau Big Nose George (George Si Hidung Besar) adalah seorang perompak legenda yang beraksi pada akhir abad ke-19 di American Wild West. Parrot adalah pemuda warganegara Perancis yang kerap merompak ternakan dan harta benda. Pada setiap aksinya dia tidak segan-segan untuk membunuh bahkan para pegawai undang-undang sekalipun.
Pada tahun 1878, Parrot dan gengnya bertindak kembali. Dua petugas iaitu wakil Sheriff Wilayah Wyoming bernama Robert Widdowfield dan detektif Union Pacific Tip Vincent, ditugaskna untuk melacak kumpulan Parrot. Keduanya mula mengintai mereka setelah kejadian rompakan yang dilakukan di sekitar kawasan terpencil dekat Medicine Bow River pada 19 Augustus 1878.
Para petugas itu melacak kumpulan Parrot sehingga ke sebuah kem di Rattlesnake Canyon, dekat Elk Mountain. Saat tiba di tempat kejadian, mereka mendapati unggun api di sana masih panas. Rupanya para perompak bersembunyi di balik semak samun. Malangnya keduanya disergao oleh kumpulan jahat itu.
Wajah Widdowfield ditembak sementara Vincet yang mencuba melarikan diri juga ditembak sebelum berhasil keluar dari situ. Kumpualn perompak itu segera menghabisi keduanya dan mengambil senjata mereka lalu melarikan diri.Khabar pembunuhan terhadap Widdowfield dan Vincent segera tersebar luas. Begitu geramnya pegawai keadilan sehingga menawarkan hadiah dari $10,000 digandakan menjadi $20,000
Ganjaran menangkap George |
Rupanya aktiviti Parrot dan gengnya malah semakin menjadi-jadi. Ada khabar bahawa seorang pedagang kaya bernama Morris Cahn akan pergi mengambil wang ke Wilayah Timur untuk keperluan membeli barang, mereka segera menemukan mangsa baru. Meskipun demikan, mereka juga mendengar kalau Morris diiringi dengan belasan tentera dan juga gerobak Fort Keogh yang digunakan untuk membawa gaji tentera. Tetapi kumpulan ini tetap nekad bertindak dengan mengenakan topeng mereka menyekat rombongan Morris persis di selekoh jalan diaman rombongan agak terpisah. Morris dirompak cukup besar mencapai hampir $14,000
Tertangkap kerana kecuaian sendiri
Sepandai pandai tupai melompat, pasti terjatuh juga. Nampaknya peribahasa itu sangat sesuai dengan bagi sepak teranajng George Parrot dan rakannya Charlie Burris atau digelar Dutch Charley.Saat itu tahun 1880, keduanya sedang mabuk di sebuah bar di Miles City. Saat itulah keduanya mulai meracau tidak keruan dan mengatakan bahawa mereka telah berhasil membunuh dua pegawai di Wyoming. Awalnya mereka tidak begitu diperhatikan, samapi seseorang menyedari bahawa keduanya adalah orang yang diburu.
Segera selepas itu dua pegawai LemWilson dan Fred Schmalsle datang membawa keduanya Parrot dan rakannya berhasil dicekup. Mereka lalu ditahan di penjara Rawlins, Wyoming. Setelah menjalani perbicaraan, Parrot dijatuhi hukuman gantung pada 2 April 1881 tetapi bukannya menyesal, Parrot malah mencari jalan agar boleh melarikan diri. Di dalam tahanan dia mengikir gari yang terpasang di pergelangan kakinya dengan pisau saku dan batu pasir.
Tanggal 22 Mac 1881, atau beberapa meniti hari kematian, Parrot berhasil melepaskan garinya. Dia lansung bersembunyi di dalam bilik air dan menunggu pengawal penjara Robert Rankin masuk ke selnya. Setelah menyedari Parrot tiada Rankin memeriksa ke dalam sel, saat itulah Parrot memukul kepala Rankin dengan sangat keras. Rankin melawan dan memanggil isterinya kemudian wanita itu mengambil pistol dan mencekup Parrot. Perompak itu segera diseret kembali ke penjara.
Usaha melarikan Parrot segera menjadi berita hangat. Beberapa hari setelah peristiwa itu, orang-orang kemudian menuju penjara, sementara Rankin belum pulih sepenuhnya, seorang pemuda bertopeng masuk ke dalam penjara. Setelah dia mengambil kunci penjara, dengan menudingkan pistol dia menyeret keluar Parrot dari dalam selnya.
Tetapi orang yang dikira penyelamat Parrot itu tak lain adalah warga kota yang sudah geram dengan sepak terajang Parrot. Bersama dengan ratusan warga lain, Parrot diseret ke tiang gantung. Sekarang raja penjenayah itu menjalani pelaksanaan dari warga. Tanpa keputusan apa-apa Parrot diseret ke tiang gantung dan menjalani hukuman gantung mati. Hal yang sama juga menimpa rakannya Charlie Burris. Burris sebenarnya sempat melarikan diri namun warga tempatan sempat menemuinya. Pemuda itu juga turut berkahir di tiang gantung.
Nasib Tubuh George Parrot
Setelah digantung, jasad Parrot diambil oleh Thomas Maghee dan John Eugene Osborne. Bagian atas tengkorak Parrot digergaji dan bahagian atas tempurung kepala diberikan kepada gadis bernama Lilian Heath. Wanita itu kemudian menjadi doktor pertama di Wyoming. Setelah tengkorak dibelah, kulit Parrot dikirim ke tempat penyamakan kulit di Denver. Di sana kulit tubuh Parrot dijadikan sepasang sepatu dan juga tas. John Eugene Osborne menyimpan kasut itu, ia bahkan menggunakannya saat perlantikan ketika dirinya terpilih menjadi Gabenor negara bahagian Wyoming. Sementara itu tengkorak Parrot dijadikan tempat abu.
Sisa tubuh Parrot diketahui dipotong-potong lalu disimpan ke dalam tong wiski yang sudah diisi larutan garam. Eksperimen bertahun-tahun kemudian sampai jasadnya dimakamkan di belakang pejabat Dr.Thomas Maghee.Sebenarnya kematian Parrot nyaris dilupakan sejarah selama puluhan tahun sampai pada suatu hari tanggal 11 Mei 1950, seorang pekerja pembinaan dari Rawlin National Bank menggali tong wiski yang penuh dengan tulang. Selain itu ditemukan pula tengkorak bahagian atas yang sudah digergaji dan kasut kulit Parrot.
Dr. Lilian Heath yang saat itu sudah berusia dari 80 tahun kemudian mengesahkan bahawa tulang itu adalah milik George Parrot setelah diadakan ujian DNA. Saat ini kasut yang terbuat dari kulit George Parrot tersebut disimpan di Carbon County Museum di Rawlin Wyoming bersama pula dengan bahagian bawah tengkorak dan topeng kematian tanpa telinga. Sementara itu, rantai dan tengkorak dipamerkan di Union Pacific Museum Omaha, Nebraska.
Tetapi orang yang dikira penyelamat Parrot itu tak lain adalah warga kota yang sudah geram dengan sepak terajang Parrot. Bersama dengan ratusan warga lain, Parrot diseret ke tiang gantung. Sekarang raja penjenayah itu menjalani pelaksanaan dari warga. Tanpa keputusan apa-apa Parrot diseret ke tiang gantung dan menjalani hukuman gantung mati. Hal yang sama juga menimpa rakannya Charlie Burris. Burris sebenarnya sempat melarikan diri namun warga tempatan sempat menemuinya. Pemuda itu juga turut berkahir di tiang gantung.
Nasib Tubuh George Parrot
Setelah digantung, jasad Parrot diambil oleh Thomas Maghee dan John Eugene Osborne. Bagian atas tengkorak Parrot digergaji dan bahagian atas tempurung kepala diberikan kepada gadis bernama Lilian Heath. Wanita itu kemudian menjadi doktor pertama di Wyoming. Setelah tengkorak dibelah, kulit Parrot dikirim ke tempat penyamakan kulit di Denver. Di sana kulit tubuh Parrot dijadikan sepasang sepatu dan juga tas. John Eugene Osborne menyimpan kasut itu, ia bahkan menggunakannya saat perlantikan ketika dirinya terpilih menjadi Gabenor negara bahagian Wyoming. Sementara itu tengkorak Parrot dijadikan tempat abu.
Sisa tubuh Parrot diketahui dipotong-potong lalu disimpan ke dalam tong wiski yang sudah diisi larutan garam. Eksperimen bertahun-tahun kemudian sampai jasadnya dimakamkan di belakang pejabat Dr.Thomas Maghee.Sebenarnya kematian Parrot nyaris dilupakan sejarah selama puluhan tahun sampai pada suatu hari tanggal 11 Mei 1950, seorang pekerja pembinaan dari Rawlin National Bank menggali tong wiski yang penuh dengan tulang. Selain itu ditemukan pula tengkorak bahagian atas yang sudah digergaji dan kasut kulit Parrot.
Dr. Lilianth Heath |
Dipamerkan di Union Pacific Museum |
Rabu, 25 Disember 2019
KENALI JENIS TANAH ANDA
Tanah memainkan peranan penting dalam menghasilkan tanaman anda menjadi subur dan segar. Kenal pasti jenis tanah di halaman rumah bagi memudahkan aktiviti perkebunan anda. Begitu juga jika anda gemarkan pokok hiasan yang ditanam di dalam pasu, jenis tanah yang tepat atau sesuai penting bagi memastikan pokok hiasan pilihan anda hidup subur dan menghasilkan kuntuman bunga-bunga yang mekar dan berbau harum
Antara tanah yang sesuai digunakan untuk aktiviti perkebunan adalah :
Tanah Bakar
Turut terkenal sebagai tanah hitam ataupun tanah baja. Selalunya selain dibakar, tanah jenis ini turut dicampurkan dengan najis kelawar. Berfungsi untuk memperbaiki pertumbuhan akar atau dipanggil sebagai penyegar. Jika tanah terlalu berpasir, bolehlah dicampurkan dengan tanah jenis ini agar membantu menggalakkan pertumbuhan pucuk akar.
Tanah Pasir
Jenis tanah ini dikategorikan sebagai salah satu daripada tanah yang bermasalah kerana ciri-ciri fizikal dan kimia tanah ini membuatkan ia tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman.
Tekstur bagi tanah ini adalah berpasir dan mempunyai daya pegangan air yang rendah. Jadi ia mudah untuk kehilangan air. Selain itu, nutrien yang terkandung di dalamnya juga rendah menyebabkan tanaman sukar untuk subur.
Tetapi juga ia masih berpotensi untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Anda boleh meletakkan sungkupan dengan menggunakan sabut kelapa atau spaghumm moss bagi mengelakkan berlakunya kehilangan air dan meningkatkan kandungan bahan organik dalam tanah.
Tanah Merah
Selalunya tanah jenis ini dijadikan top soil atau jenis tanah yang ditempatkan pada lapisan atas. Ia memberi satu struktur baru kepada tanaman yang ditanam. Paling penting, perlu digemburkan dahulu tanah ini dan diletakkan di bahagian atas setebal 4 inci. Jenis tanah seperti ini mampu menyerap air untuk tanaman. Berfungsi untuk memperbaiki kualiti tanah.
Tanah Campuran
Tanah ini adalah daripada campuran serat iaitu sabut kelapa dan najis haiwan yang membantu dalam kesuburan tanaman. Sabut bukan sahaja berfungsi sebagai serat yang membekalkan zat kepada pokok tetapi juga mampu menyerap lembapan untuk mengekalkan air secukupnya kepada pokok. Tanah jenis ini juga dianggap berbaja yang menyuburkan tumbesaran pokok. Sangat sesuai digunakan untuk penanaman pokok hiasan dan sayuran.
8 CARA KREATIF GUNA WALLPAPER UNTUK ANDA
Sudah menjadi inspirasi bagi seseorang untuk menghasilkan idea rekaan dalaman yang cantik terutama jika melibatkan kertas dinding atau lebih dikenali sebagai wallpaper. Didatangkan dengan beribu-ribu rekabentuk tanpa had, tanpa mengira anda siapa, anda boleh menjana idea kreatif untuk menghasilkan sesuatu di luar jangkaan.
Disini saya kongsikan 8 cara kreatif kegunaan wallpapaper untuk anda dekorasikan mengikut keinginan anda.
1. RAK BUKU
Profesional rekaan sering menggunakan estetika (bentuk, warna, dan gaya) pada rak buku untuk menentukan reka bentuk kertas dinding yang digunakan untuk membuat rupa dan penampilan seakan rak. Rekaan yang tidak keterlaluan boleh memberi ciri sempurna pada rak buku anda.
2. LACI KABINET
Bosan melihat laci kabinet dengan warna yang kusam dan agak terlalu old fashion, apa kata anda hasilkan sesuatu yang menakjubkan dengan menggunakan kertas wallpaper. Pasti berbaloi dan kelihatan baru namun anda perlu mengukur untuk menghasilkan kekemasan dan garisan asal laci anda boleh menaikkan sisi wallpaper yang dibuat.
3. BINGKAI GAMBAR/ FRAME
Rumah anda mempunyai sudut yang menarik atau terlalu kosong pada dinding rumah. Untuk sesuaikan mood tersebut anda boleh cuba aplikasikan wallpaper dengan padanan perabot dan warna dinding. Pasti frame yang digantung menghasilkan impak yang berbeza pada ruangan atau sudut di rumah anda
4 LAMPU TIDUR
Bilik tidur anda yang membosankan dan hambar akan bertukar ke "wow dan grand!". Jika anda peminat rekaan vintage, penggunaan wallpaper jenis ini sangat sesuai. Malah cara membuat juga tidak terlalu rumit dan mengambil masa yang lama.
5. SILING RUMAH
Gunakan kertas dinding geometri untuk menyerlahkan ciri-ciri seni bina rumah anda, atau bercirikan perindustrian menggunakan kertas dinding kayu palsu (sekiranya anda bimbang berat kayu sebenar akan menyebabkan siling umpama masuk ke dalam gua!).
6. TRAY MINUMAN/ MAKANAN
Jika anda mempunyai dulang yang sudah hampir terkoyak dan haus permukaanya. Jadikan dulang minuman anda lebih stylish dan bergaya dengan wallpaper kerana ia mampu menghasilkan suasana yang baik lebih2 lagi untuk tetamu berkunjung.
7. MEJA
Kertas dinding boleh digunakan untuk hampir mana-mana permukaan menegak selagi permukaan bersih dan kering contoh nya meja makan, meja kerja atau meja majalah. Penampilan yang sempurna bagi mereka yang suka reka bentuk gaya vintaj dan floral pada meja anda
8. WALLPAPER TANGGA
Kalau sudah membuat wallpaper dinding rumah dan masih terdapat sedikit sisa, anda boleh jadikan wallpaper anda bercampur warna seperti dalam gambar untuk tangga anda namun jika anda ingin hasilkan susunan teratur satu jenis wallpaper sudah memadai.
KESIMPULAN
Sebenarnya banyak lagi fungsi wallpaper, sepeti anda boleh hasilkan wallpaper di peti ais, pasu, pintu, tong sampah mini dan sebagainya. Terpulang kepada kreativiti serta imaginasi anda. Saya tahu anda boleh melakukannya. Setiap dari anda pasti mempunyai citarasa yang unik yang mana itu menunjukkan keperibadian diri anda. so SERLAHKAN KEPERIBADIANMU...Hihi.

|

Selasa, 24 Disember 2019
LOST WORL OF TAMBUN
Bagi yang berminat untuk menikmati percutian bersama keluarga di Lost World Of Tambun (LWOT) merupakan salah satu pilihan terbaik untuk anda sekeluarga kerana disini terdapat banyak aktiviti dan permainan yang menarik dan menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. LWOT merupakan taman tema terbesar di Semenanjung Utara Malaysia yang terletak berdekatan bandar Ipoh, Perak.
HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI
Harga tiket masuk bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Harga berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi.
- Harga tiket dewasa - RM56.
- Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm tinggi - RM49.
- Harga tiket Warga Emas - RM49.
- Kanak-kanak bawah 90cm tinggi - percuma.
Tiket adalah termasuk tempat dan aktiviti berikut:
- Lost World Amusement Park.
- Lost World Water Park.
- Lost World Tiger Valley.
- Lost World Petting Zoo.
- Lost World Tin Valley.
- Lost World Adventure Park
- Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat - 11 am hingga 6 pm.
- Sabtu, Ahad, cuti sekolah, cuti umum - 10 am hingga 6 pm.
- Ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
AKTIVITI DAN PERMAINAN
LWOT ini ada lebih 64 tarikan dengan 10 taman tema dengan 109 spesis dipamerkan. Wah memang berbaloi jika ada memilih untuk bercuti di sini. Malah kawasan ini juga lebih friendly dan persekitaran yang lebih semulajadi berbanding taman tema lain. Jom kita semak apa aktiviti yang korang boleh lakukan di sini:
LOST WORLD WATER PARK
Water Park merupakan tarikan utama pengunjung untuk menikmatik permainan taman tema air. Banyak aktiviti yang disediakan untuk penggemar permainan air tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pasti seronok berada di sini. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah :
AMUSEMENT PARK
Selain permainan air di Water Park, tidak kurang dengan tarikan nya ialah Amusement Park .Dengan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan anda pasti ingin mencubanya. Antaranya ialah :
LOST WORLD ADVENTURE PARK
Dipenuhi dengan keseronokan yang untuk mengeluarkan keringat, ini adalah tempat yang sesuai untuk mana-mana syarikat untuk mendapatkan yang terbaik daripada orang-orang mereka. Mereka masing-masing akan belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan dan juga untuk memimpin. Semoga bersenang-senang lagi latihan kompetitif yang akan menggalakkan semangat pasukan!
Aktiviti yang mencabar mental dan fizikal anda |
LOST WORLD PETTING ZOO
Taman binatang yang mempunyai lebih kurang 55 spesis binatang. Tidak seperti zoo biasa, di Lost World Petting Zoo, pengunjung boleh memberi makan dan bermain dengan binatang yang ada seperti arnab dan burung. Antara lain yang terdapat disini ialah:
- Marmoset Tree House - Mempunyai marmoset iaitu monyet kecil seperti tupai yang berasal dari Amerika.
- Tortoise Kingdom - Taman kura-kura yang cantik dengan sungai semulajadi yang mengalir ke kolam kura-kura.
- Serpentarium - Taman ular.
- Ruby and Friends - Menempatkan raccoon (binatang seperti musang berasal dari Amerika) yang sangat lembut dan comel.
- Bird Paradise - Taman burung yang mempunyai 500 ekor burung dari 18 spesis.
- Rabbit Wonderland - Tempat arnab disekitar sungai buatan.
- Rain Forest Trail - Berjalan di dalam hutan.
- Rock Canopy.
Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta menyentuh sesetengah binatang yang jinak. |
Keterangan gambar: Lost World Petting Zoo ini pengunjung dapat melihat binatang, memberi makan serta menyentuh sesetengah binatang yang jinak.
AKTIVITI LAIN
Aktiviti lain yang menarik dalam taman tema ini ialah Lost World Tiger Valley. Ia adalah kandang besar yang terdapat harimau didalamnya.
Didalam taman tema ini juga terdapat sebuah taman bijih timah yang di panggil Tin Valley. Tin valley adalah kawasan yang dibina dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah seperti mendulang bijih, gajah yang digunakan sebagai kenderaan pengangkut bijih dan lain-lain.
Selain itu, terdapat spa yang disediakan untuk pengunjung taman tema ini diwaktu malam. Lost World Hot Springs and Spa dibuka hanya pada waktu malam sahaja iaitu dari 6.00pm-11.00pm. Tiket berharga RM24. Suhu air panas adalah sekitar 38-40 darjah selsius. Terdapat empat jenis kolam air panas iaitu:
- Crystal pool.
- Infinity pool.
- Top of the world pool.
- Saphira lair - Untuk kanak-kanak.
Spa.
- Lost World Steam Cave
- Foot Spa
- Crystal Spa
Foot spa pada waktu malam sahaja |
Ahad, 22 Disember 2019
7 TIPS INFOGRAFIK YANG PERLU ANDA KETAHUI
Sebagai pereka grafik anda tidak boleh lari daripada membuat infografik yang mana untuk mendapatkan perhatian anda perlu menghasilkan sebarang idea atau maklumat dengan cara infografik!
Semua orang boleh membuat maklumat tapi dengan maklumat grafik atau infografik bukanlah semudah yang disangka dan anda boleh menghasilkan dengan lebih baik jika anda tahu cara-caranya supaya anda tidak melakukan kesilapan yang mana hasil kerja anda akan nampak lebih teruk dan tidak memuaskan hati pelanggan atau orang yang membaca maklumat anda.
Okay disini Cikya akan kongsi 10 tips infografik yang perlu anda ketahui untuk menghasilkan rekaan yang menari sebab Cikya dulu pun pernah buat jugak infografik dan boleh kata banyak juga kesilapan secara teknikal dan visula. So sini Cikya kongsi petua cara buat maklumat grafik untuk menyelamatkan kes andaaaaa....
1. Hasilkan Infografik untuk Target Sasaran Anda.
Untuk menhasilkan infografik yang menarik idea perlu ditekankan sebelum menghasilkan infografik yang "killer" dan cara menghasilkan infografik yang hebat ialah anda mesti mengetahui target sasaran anda.
Hal ini kerana kebanyakan daya tarikan, perhatian dan viral adalah yang memenuhi khalayak sasaran anda di mana anda mahukan ia diletakkan. Kesilapan yang selalu orang buat ialah membuat infografik ialah mereka cuba sesuatu yang kelihatan umum popular dan bukannya khusus untuk berkaitan penonton mereka.
Infografik ini contohnyai target sasaran- kanak-kanak sekolah
Matlamat anda adalah untuk mencipta infografik untuk penonton anda tidak semestinya untuk seluruh dunia, pastikan ia khusus, relevan dan disasarkan.
2. Pastikannya Ringkas.
Salah satu kelebihan infografik ialah mereka dapat menyaring idea-idea hebat ke dalam bentuk visual yan ringkas. Tetapi kelebihan yang terdapat dalam grafik boleh menyebabkana kegagalan jika tidak disampaikan dengan benar.
Infografik boleh menjadi terlalu kompleks, menbebankan atau membuat anda menjadi lebih serabut tetapi berbeza jika pembaca akan cakap " Oh begitu, saya faham". Seperti dalam kehidupan kita juga, segala benda yang ringkas akan lebih mudah disampaikan, infografik akan berfungsi dengan lebih baik jika jika terdapat 4 atau 5 maklumat grafik
3. Pastikan Menjadi Tumpuan.
Kesederhanaan, yang dibincangkan di atas, pada akhirnya menjadi tumpuan. Jangan hanya membuat Infografik anda sebagai contoh fakta dan angka. Jadikan ia diselaraskan dan tertumpu pada topik tunggal.
Infographics tidak cuba untuk secara rawak memasang semua data yang boleh anda kumpulkan. Sebaliknya, infographic dimaksudkan untuk memacu satu titik fokus.
Infographic ini difokuskan pada satu topik
4. Tunjukkan Perkara Secara Visual.
Saya telah melihat maklumat grafik yang pendek pada "grafik" dan lama "maklumat". Infografik yang terbaik adalah orang-orang yang mempunyai keseimbangan maklumat visual yang baik dengan maklumat bertulis.
Infographic ini menggunakan beberapa ikon dan imej, tetapi tidak banyak elemen visual yang lain. Untuk memenuhi syarat untuk "grafik" dalam Infografik, ia memerlukan beberapa pizzazz visual
5. Mempromosikan.
Pengenalan utama: Infographics tidak secara automatik pergi viral. Sekiranya anda mahu Infografik anda meletup dan popular, anda perlu mempromosikannya. Anda berbuat demikian dengan cara yang sama yang anda akan mempromosikan barang yang bernilai:
Terdapat banyak maklumat grafik yang hebat di sana yang menimbulkan ketidakjelasan, kerana pencipta tidak pernah mengambil masa untuk mempromosikannya. Jangan biarkan infographic anda mati begitu saja. Promot,promot,promot.
6. Jadikannya Mudah untuk Lihat.
Kadang kala , sebuah infografik mudah kabur dalam skalanya.Pereka membuatnya besar, maka anda perlu mengecilkannya. Dalam proses ini, pembacaan itu hilang.
Banyak maklumat grafik mempunyai pelbagai saiz huruf. Pastikan font terkecil pada Infografik anda dapat dilihat tanpa rasa sukar.
Perkataan di infographic di bawah menjadi terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.Infografik harus mudah dibaca dan dilihat, sama ada pengguna mengklik untuk memperbesar atau tidak. 600 piksel lebar adalah lebar yang baik untuk disasarkan.
7. Semak Fakta dan Angka Anda.
Banyak maklumat grafik memberi tumpuan kepada penyampaian data. Ia adalah idea pintar. Fikiran kita boleh memproses statistik dan peratusan cara yang lebih baik apabila kita melihatnya, dan bukan sekadar melihat nombor dengan titik perpuluhan dan tanda peratusan.
Tetapi pastikan anda menjadi tepat, dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang yang terabaikan ini:
Sekiranya infografik anda bergantung pada nombor dan data, ia memberi perhatian khusus kepada kawasan ini, menyemak semula dan semak semula.
Anda boleh membuat Infografik yang sangat bagus. Hanya simpan tip ini dalam minda, dan ini akan menolong diri anda daripada usaha sia-sia.
Salah satu contoh Infografik |
Semua orang boleh membuat maklumat tapi dengan maklumat grafik atau infografik bukanlah semudah yang disangka dan anda boleh menghasilkan dengan lebih baik jika anda tahu cara-caranya supaya anda tidak melakukan kesilapan yang mana hasil kerja anda akan nampak lebih teruk dan tidak memuaskan hati pelanggan atau orang yang membaca maklumat anda.
Okay disini Cikya akan kongsi 10 tips infografik yang perlu anda ketahui untuk menghasilkan rekaan yang menari sebab Cikya dulu pun pernah buat jugak infografik dan boleh kata banyak juga kesilapan secara teknikal dan visula. So sini Cikya kongsi petua cara buat maklumat grafik untuk menyelamatkan kes andaaaaa....
1. Hasilkan Infografik untuk Target Sasaran Anda.
Untuk menhasilkan infografik yang menarik idea perlu ditekankan sebelum menghasilkan infografik yang "killer" dan cara menghasilkan infografik yang hebat ialah anda mesti mengetahui target sasaran anda.
Hal ini kerana kebanyakan daya tarikan, perhatian dan viral adalah yang memenuhi khalayak sasaran anda di mana anda mahukan ia diletakkan. Kesilapan yang selalu orang buat ialah membuat infografik ialah mereka cuba sesuatu yang kelihatan umum popular dan bukannya khusus untuk berkaitan penonton mereka.
Infografik ini contohnyai target sasaran- kanak-kanak sekolah
Target sasaran sekolah |
Matlamat anda adalah untuk mencipta infografik untuk penonton anda tidak semestinya untuk seluruh dunia, pastikan ia khusus, relevan dan disasarkan.
2. Pastikannya Ringkas.
Salah satu kelebihan infografik ialah mereka dapat menyaring idea-idea hebat ke dalam bentuk visual yan ringkas. Tetapi kelebihan yang terdapat dalam grafik boleh menyebabkana kegagalan jika tidak disampaikan dengan benar.
Info |
3. Pastikan Menjadi Tumpuan.
Kesederhanaan, yang dibincangkan di atas, pada akhirnya menjadi tumpuan. Jangan hanya membuat Infografik anda sebagai contoh fakta dan angka. Jadikan ia diselaraskan dan tertumpu pada topik tunggal.
Infographics tidak cuba untuk secara rawak memasang semua data yang boleh anda kumpulkan. Sebaliknya, infographic dimaksudkan untuk memacu satu titik fokus.
Infographic ini difokuskan pada satu topik
4. Tunjukkan Perkara Secara Visual.
Saya telah melihat maklumat grafik yang pendek pada "grafik" dan lama "maklumat". Infografik yang terbaik adalah orang-orang yang mempunyai keseimbangan maklumat visual yang baik dengan maklumat bertulis.
visual yang menarik |
Infographic ini menggunakan beberapa ikon dan imej, tetapi tidak banyak elemen visual yang lain. Untuk memenuhi syarat untuk "grafik" dalam Infografik, ia memerlukan beberapa pizzazz visual
5. Mempromosikan.
Pengenalan utama: Infographics tidak secara automatik pergi viral. Sekiranya anda mahu Infografik anda meletup dan popular, anda perlu mempromosikannya. Anda berbuat demikian dengan cara yang sama yang anda akan mempromosikan barang yang bernilai:
- Capai kepada sumber yang berpengaruh dalam jangkauan anda dan minta mereka untuk menampilkan infographic anda.
- Jadikan infographic anda boleh dikongsi dengan plugin sosial.
- Minta pengguna untuk share.
Terdapat banyak maklumat grafik yang hebat di sana yang menimbulkan ketidakjelasan, kerana pencipta tidak pernah mengambil masa untuk mempromosikannya. Jangan biarkan infographic anda mati begitu saja. Promot,promot,promot.
6. Jadikannya Mudah untuk Lihat.
Kadang kala , sebuah infografik mudah kabur dalam skalanya.Pereka membuatnya besar, maka anda perlu mengecilkannya. Dalam proses ini, pembacaan itu hilang.
Banyak maklumat grafik mempunyai pelbagai saiz huruf. Pastikan font terkecil pada Infografik anda dapat dilihat tanpa rasa sukar.
font perlu dizoomkan |
Perkataan di infographic di bawah menjadi terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.Infografik harus mudah dibaca dan dilihat, sama ada pengguna mengklik untuk memperbesar atau tidak. 600 piksel lebar adalah lebar yang baik untuk disasarkan.
7. Semak Fakta dan Angka Anda.
Banyak maklumat grafik memberi tumpuan kepada penyampaian data. Ia adalah idea pintar. Fikiran kita boleh memproses statistik dan peratusan cara yang lebih baik apabila kita melihatnya, dan bukan sekadar melihat nombor dengan titik perpuluhan dan tanda peratusan.
Tetapi pastikan anda menjadi tepat, dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang yang terabaikan ini:
- Pastikan statistik itu sendiri adalah benar.
- Pastikan sumber anda boleh dipercayai.
- Pastikan bahawa perwakilan grafik anda dari baris data dengan nombor (jika anda mempunyai kedua-duanya)
Sekiranya infografik anda bergantung pada nombor dan data, ia memberi perhatian khusus kepada kawasan ini, menyemak semula dan semak semula.
Kesimpulannya
Maklumat grafik masih berkembang dengan baik. Sekiranya ada sesiapa mengatakan bahawa maklumat grafik telah mati, mereka sama-sama sesat atau tidak pernah melihat apa-apa yang benar-benar bagus.Anda boleh membuat Infografik yang sangat bagus. Hanya simpan tip ini dalam minda, dan ini akan menolong diri anda daripada usaha sia-sia.
Langgan:
Catatan (Atom)
AL-IMAM ABDULLAH AL-HADDAD
Buta Mata Celik Hati Al-Allamah al-Imam al-Sayyid al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Alawi al-Husaini (lebih dikenali sebagai H...